PRASEKOLAH: SAMBUTAN HARI JADI MURID-MURID PRASEKOLAH BULAN JANUARI HINGGA JUN
Tarikh : 19 Mei 2016
Masa : 9.00 pagi - 11.40 pagi
Tempat : Ruang Makan Prasekolah
Sambutan hari jadi prasekolah telah berlangsung dengan meriah di ruang makan prasekolah. Majlis yang merupakan kali pertama diadakan seperti yang dirancang dalam takwim prasekolah bertujuan untuk meraikan semua murid prasekolah yang lahir dalam bulan Januari hinggan bulan Jun dalam satu suasana majlis yang ceria dan penuh bermakna. Majlis yang diadakan juga secara tidak langsung bertujuan untuk memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga disamping dapat menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.
Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' dan 'Happy Birthday To You' oleh semua murid prasekolah dan diikuti dengan acara memotong kek. Seterusnya murid-murid telah menjamu selera dengan pelbagai juadah 'potluck' yang dibawa masing-masing.
Meskipun dalam kesibukan bekerja, para pentadbir dan staff SK Desa Pinggiran Putra telah turut serta meluangkan masa memeriahkan lagi sambutan hari jadi yang berlangsung. Sebelum pulang, semua murid telah menerima saguhati sebagai kenang-kenangan yang telah disampaikan oleh PK HEM, En. Rosdin bin Ibrahim.
Majlis sambutan hari jadi ini telah mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada semua murid prasekolah. Semua murid pulang dengan riang bersama-sama dengan pengalaman dan kenangan manis yang telah diperolehi.
|
Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi |
|
Diikuti oleh lagu 'Happy Birthday' oleh semua murid prasekolah |
|
Antara murid yang diraikan (Dari kiri: Sufira, Aqilah, Baiz, Azim, Aryan & Haziq Haiqal) |
|
Guru Besar, En. Sukimin sempat meluangkan masa bersama murid-murid walaupun seketika |
|
Antara kudapan-kudapan yang disumbangkan oleh ibu bapa |
|
Terima kasih juga kepada Adik Irsyad Azzam atas sumbangan KFC kepada semua murid |
|
Seronok menikmati kudapan masing-masing |
|
Makan, makan juga, mari kita pose sikit... |
|
Hari ini cikgu suruh makan saje..:) |
|
Berselera sungguh Adik Fateh makan.. |
|
Masing-masing kelihatan comel pada hari ini |
|
Makan, makan dan makan lagi... |
|
Pn. Zainun (Ibu kepada Adik Tg Aqil) yang turut hadir memeriahkan sambutan |
|
Pemberian saguhati oleh PK HEM, En. Rosdin |
|
Sabar..semua akan dapat.. |
|
Murid kelihatan sangat ceria dan gembira dengan hadiah saguhati masing-masing |
|
Terima kasih cikgu kerana meraikan kami..:) |
1 comment:
This is how my colleague Wesley Virgin's tale begins in this shocking and controversial VIDEO.
You see, Wesley was in the army-and soon after leaving-he revealed hidden, "SELF MIND CONTROL" secrets that the CIA and others used to get whatever they want.
These are the same SECRETS many famous people (especially those who "became famous out of nothing") and elite business people used to become wealthy and successful.
You probably know how you utilize only 10% of your brain.
Really, that's because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Maybe that conversation has even occurred IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about 7 years ago, while driving an unregistered, trash bucket of a car with a suspended driver's license and with $3 on his banking card.
"I'm absolutely frustrated with going through life payroll to payroll! When will I finally make it?"
You've been a part of those those thoughts, am I right?
Your success story is waiting to start. You need to start believing in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW
Post a Comment