Contoh Slip Peperiksaan (sekadar hiasan) |
Seperti lazimnya setiap sekolah akan mengadakan satu hari khas sesi bertemu antara ibubapa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing setelah selesai sesuatu peperiksaan. Dahulu ia dikenali sebagai Hari Terbuka namun pada masa sekarang sesetengahnya sekolah menukar nama tersebut dengan berbagai nama, sebagai contoh Hari Jalinan Mesra. Walaupun namanya berubah namun matkamatnya tetap hampir sama. Trend masa kini setiap sekolah akan melaksanakan dua kali peperiksaan dalam setahun iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT). Namun bagi murid Tahun 6, biasanya mereka akan menghadapi sekurang-kurangnya satu lagi tambahan peperiksaan iaitu Peperiksaan Percubaan UPSR selain daripada Peperiksaan UPSR yang sebenar.
Pada masa kini, Kementerian Pendidikan menyediakan aplikasi dalam talian yang dipanggil sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Secara ringkasnya SAPS membantu guru untuk memperoses keputusan peperiksaan seseorang murid, kelas dan darjah. Hasil daripada proses tersebut, maka dapatlah pihak sekolah, PPD, JPN, KPM dan ibubapa melihat keputusan tersebut secara dalam talian. Guru mata pelajaran hanya perlu memasukkan markah dan setelah selesai ke semua markah mata pelajaran diisi, Setiausaha Peperiksaan akan melaksanakan fungsi proses pada SAPS. Hasilnya SAPS akan menentukan Gred (mata pelajaran), Jumlah Markah, Peratus, Gred Purata Pelajar, Keputusan, dan akhir sekali ialah Kedudukan Dalam Kelas dan Kedudukan Dalam Darjah bagi setiap pelajar. Selepas itu baharulah Guru Kelas akan memasukkan Kedatangan dan membuat Ulasan Guru Kelas sebelum boleh mencetak slip keputusan kelasnya.
Apabila Menerima Slip Keputusan Peperiksaan Anak, apa yang perlu dicari pada slip tersebut?
1.
Kedatangan - di sini kita boleh kesan andainya anak kita
terbabit dengan ponteng. Selain itu maklumat ini juga boleh
dikaitkan dengan prestasi anak. Pastikan berbincang dengan guru sebelum membuat
sesuatu andaian/kesimpulan.
2.
Kenali
6 subjek yang diambil kira dalam mengira keputusan pepeperiksaan
a.
BM
Pemahaman,
b.
BM
Penulisan,
c.
BI
Pemahaman,
d.
BI
Penulisan,
e.
Matematik,
dan
f.
Sains
3.
Himpunan
gred-gred subjek tersebut akan ditunjukkan pada Pencapaian Gred
Keseluruhan(Misalnya 4[A] 2[B])
4.
Gred
Purata Pelajar (GPP). GPP diperolehi daripada
bilangan A, B, C, D dan E yang diperolehi pelajar. Setiap gred ada poinnya
(A=1, B= 2, C=3, D=4 dan E=5) dan dari sini akan dikira puratanya.
5.
Keputusan. Ada 5 tahap keputusan iaitu
a.
Cemerlang,
b.
Baik,
c.
Memuaskan,
d.
Mencapai
Tahap Minimum, dan
e.
Belum
Mencapai Tahap Minimum.
Ia ditentukan berdasarkan kepada gred paling rendah
yang diperolehi pelajar dalam 6 subjek (rujuk no. 2 di atas). Jika gred
terendah ialah A (maknanya 6A) maka Keputusannya ialah Cemerlang, jika gred
terendahnya B (misalnya 5A1B, 3A3B, 6B) maka Keputusannya ialah Baik.
Jika gred terendahnya C (misalnya 5A1C, 3A1B2C) maka Keputusannya ialah
Memuaskan. Begitulah seterusnya dengan D = Mencapai Tahap Minimum
dan E = Belum Mencapai Tahap Minimum
6.
Kedudukan
Dalam Kelas. Nombor (Biasanya kita tanya
"periksa dapat nombor berapa?") kelasnya sahaja. No. 1 adalah
yang terbaik.
7.
Kedudukan
dalam Darjah. Kedudukan anak kita dalam
himpunan semua murid dalam kelas-kelas yang sama kohot umurnya.
Sebaik-baiknya tuan/puan mengenali terlebih dahulu guru kelas dan guru-guru mata pelajaran yang mengajar anak masing-masing. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu melancarkan pergerakan tuan/puan sewaktu berlangsungnya Hari Jalinan Mesra. Walau bagaimanapun tuan/puan perlu menjangka bahawa tidak semua guru akan dapat ditemui pada waktu ini memandangkan mereka akan sibuk dengan kelas masing-masing selain daripada faktor sesetengah guru tiada di sekolah kerana terbabit dengan aktiviti/urusan tertentu di luar. Sehubungan itu, bagi tuan/puan yang sudahpun memperoleh keputusan peperiksaan terlebih dahulu menerusi SAPS dalam talian, rancanglah guru-guru yang ingin ditemui.
Berdasarkan perkara di atas bolehlah berbincang dan bersoal-jawab dengan guru kelas mahupun sesetengah guru mata pelajaran yang penting berdasarkan keputusan peperiksaan anak tuan/puan untuk mendapatkan pelbagai perkara yang berguna untuk anda membantu anak di rumah. Namun demikian, dalam dunia siber sekarang ini tuan/puan masih boleh berhubung dengan guru-gur berkenaan menerusi aplikasi-aplikasi media sosial secara alam maya.
Akhirnya turunkanlah tanda tangan di slip keputusan asal untuk rekod rasmi simpanan sekolah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama.SEDERAP - muafakat membawa berkat
1 comment:
As claimed by Stanford Medical, It is indeed the one and ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh 19 KG lighter than us.
(By the way, it has absoloutely NOTHING to do with genetics or some secret diet and EVERYTHING to do with "how" they eat.)
BTW, I said "HOW", not "WHAT"...
TAP this link to see if this quick quiz can help you release your true weight loss potential
Post a Comment