Tuesday, 23 August 2016

KEM BESTARI SOLAT KALI KEDUA 2016


Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) akan mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) Kali Kedua pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:-

Tarikh            :27 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa               :7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Tempat           :SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP)

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.



Abu Hurairah berkata" Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:

"Lihatllah (hai para malaikat) adakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?'

Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itulah untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, seterusnya seluruh amalannya yang lain diperlakukan seperti itu "

( Hadith : Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425,1426 ).




No comments:

Post a Comment