Tuesday, 9 August 2016

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH SK DESA PINGGIRAN PUTRA UNTUK TAHUN 2017-2018

TAWARAN SEBUT HARGA UNTUK KANTIN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PINGGIRAN PUTRA

1.   Tawaran adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengendalikan kantin  sekolah ini bagi tempoh dari 1 Disember 2016 hingga 30 November 2018 (24 bulan).

2.     Sebut harga hendaklah dihantar di dalam surat berlakri dan bertanda “SEBUT HARGA KANTIN SK DESA PINGGIRAN PUTRA” di bahagian atas sudut kiri. Borang serta dokumen-dokumen lain berkaitan, hendaklah sampai ke Pejabat sekolah pada atau sebelum 30.09.2016 jam 12.00 tengah hari.

3.     Setiap sebut harga hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dalam bentuk kiriman wang/ wang pos/ draf bank/ cek berpalang atas nama GURU BESAR SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Permohonan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan dan dipertimbangkan. Wang pertaruhan akan dikembalikan semula kepada  pemohon-pemohon yang tidak berjaya.

4.     Borang-borang serta dokumen lain yang berkaitan boleh didapati di Pejabat sekolah mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu pejabat secara PERCUMA.

Jumlah anggaran murid untuk tahun 2017 adalah seperti berikut;
                 Jumlah murid Melayu                 = 580 orang
                 Jumlah murid Cina                     = tiada
                 Jumlah murid India                    = tiada
                 Lain-lain                                    = tiada
                 Jumlah besar                            = 580 orang     
                 Jumlah guru                              = 43 orang
                 Jumlah kakitangan                     = 6 orang
                 Pekerja swasta                          = 8 orang
                 Sesi persekolahan                     : 1 sesi (pagi sahaja)

5.     Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad dan sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

6.     Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan ialah;
i.              Sijil Pendaftaran Perniagaan (ROB)
ii.             Sijil Pendaftaran Sijil Kewangan(ROT)
iii.            Sijil Kursus Pengendalian Makanan
iv.            Lesen Perniagaan Majlis Perbendaharaan (jika sedang berniaga), cetakan pendaftaran online FOSIM (Food Safety Information Management) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, jika belum sila daftar melalui laman web : http//fosimdimestic.moh.gov.my
v.             Markah kebersihan kantin sekarang (jika ada kantin).


1 comment:

Blogger said...

If you're attempting to lose fat then you certainly need to jump on this totally brand new tailor-made keto meal plan diet.

To design this keto diet, licenced nutritionists, personal trainers, and chefs joined together to produce keto meal plans that are effective, painless, cost-efficient, and fun.

Since their grand opening in January 2019, 1000's of people have already transformed their body and well-being with the benefits a good keto meal plan diet can give.

Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-tested ones given by the keto meal plan diet.

Post a Comment