Baja Kompos
Hasil daripada sisa-sisa dapur (seperti kulit telur, kulit bawang, kulit buah - kecuali sisa-sisa yang berminyak) juga boleh dijadikan baja organik. Kami melaksanakan inisiatif ini bersama-sama. Hasil daripada sisa dapur di bawa ke sekolah dan di masukkan ke dalam tong khas yang disediakan di Eco Garden SEDERAP. Selain selamat digunakan terhadap alam sekitar, kami juga dapat menjimatkan kos membeli baja organik yang agak mahal.
Projek Baja Organik (Eco Baja) yang dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula SKDPP bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai kepada murid disamping dapat mengurangkan kos membeli baja organik yang mahal untuk tanaman di Eco Garden SEDERAP
Antara bahan yang terkandung dalam baja organik yang ialah kulit pisang, kulit telur, kulit bawang dan air beras. Kulit pisang, kulit bawang dan kulit telur dikisar sehingga hancur dan setelah itu dicampurkan dengan air beras di dalam bekas besar. Campuran itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga dan membantu pengudaraan semasa proses fermentasi. Bahan campuran tersebut diperam selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, hasil proses bahan campuran ditapis dan dimasukkan ke dalam bekas bersih yang bertutup rapi.
Proses membotol dan melabel Eco Baja
No comments:
Post a Comment