Monday 2 October 2023

 

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU 26

 Hari        : Isnin

Tarikh    : 2 Oktober 2023

Masa     : 7.30 – 8.00 pagi

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra.

 

SENARAI GURU BERTUGAS

  1. FAZIRA BINTI ISMAIL (KETUA)
  2. TENGKU FAIRUS BINTI RAJA HASAN
  3. ATIRAH BINTI MUSTAFA
  4. NURUL HANAN BINTI HUSSIN
  5. SASHI KUMAR A/L VARATHARAJOO
  6. NAFSAH BINTI KASSIM
  7. AMIR FIRDAUS BIN ABDULLAH SANI

Guru bertugas minggu ke 26


LAPORAN PERHIMPUNAN


Bacaan ikrar daripada Cikgu Fazira


1.     Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan bacaan ikrar oleh Cikgu Fazira.

Laporan guru bertugas minggu lepas- Ustazah Norhayati binti Miswan.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS.


1. Disiplin ketika berjalan dari Kelas ke bilik khas. Murid dinasihatkan supaya jangan berlari-lari.

2. Memakai kasut ketika keluar dari bilik khas sebelum masuk ke kelas kerana kebanyakkan murid berkaki ayam dan hanya memegang kasut ditangan.Keadaan ini tidak menjamin kebersihan diri murid-murid.

3. Memakai pakaian sukan yang sesuai. Murid perempuan tidak dibenarkan memakai seluar selain dari seluar tracksuit.

En. Zairi Penolong Kanan HEM menyampaikan ucapan.

                                                
Ucapan Pentadbir HEM

1. Bila Lagu dinyanyikan murid yang datang lambat perlu berhenti. Jangan berjalan bagi menghormati lagu Kebangsaan.

2. Murid perlu memakai pakaian sukan dengan kemas dan hanya dibenarkan memakai seluar trackshuit sahaja.

3. Sekolah menggalakkan murid-murid untuk tidak terlibat dengan buli dan juga menjaga akhlak yang baik.

4. Sekolah akan menghargai murid-murid yang sentiasa menjaga sahsiah dan akhlak yg baik. Hadiah akan diberi kepada murid yang terbaik yang berupa basikal dan wang tunai RM50 kepada murid yg mendapat tempat kedua terbaik dan tempat ke 3 akan mendapat alatan persekolah.

Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
                                     

5. Pihak HEM juga akan memberi hadiah kepada murid yang sentiasa hadir penuh ke sekolah.

6. Program minyak masak yang tidak digunakan boleh dibawa ke sekolah. Bagi program ini murid yang berjaya membawa banyak minyak masak akan mendapat hadiah.
 
7. Bermula jumaat minggu ini pihak sekolah akan menyediakan tabung bagi pembinaan bumbung. Murid2 yang ingin menderma boleh meletakan wang ke dalam tabung.Tiada Paksaan dan semoga yang menderma mendapatkan keberkatan.



Adik Safa menerima hadiah bersama guru-guru PPKI

Adik Abdul Somad dari kelas 6 Delima mewakili kelas beliau
bagi menerima hadiah kelas paling ceria untuk minggu ke 25.



Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment