Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, 4 February 2016

PROGRAM MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL UPSR 2016

Pada 2 Februari 2016, hari Selasa yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Jawatankuasa Kecemerlangan Tahun 6 telah melaksanakan ceramah motivasi persediaan awal  kepada semua murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR 2016. Antara aktiviti dan pengisian ceramah tersebut adalah:
  • Murid dikehendaki membuat 6 petak.  Setiap murid mesti menyenarai impian mereka ke dalam kotak yang dibuat.  Contoh kotak pertama, target 5A, kotak kedua ingin mendapat A dalam matematik dan impian-impian yang lain memenuhi kotak tersebut.  Murid hendaklah menampal kertas impian mereka supaya sentiasa dilihat oleh dirinya dan ahli rumah yang lain.
  • Untuk menjadi orang yang cemerlang perlu amalkan 7S iaitu score, skill, strategy, spirit (big why/support), space, speed dan spiritual.
  1. Score:Perlu tentukan score atau target yang ingin dicapai. Misalnya Matematik A, Bahasa Malaysia A, Sains A dan berikan target untuk subjek yang lain.  Beri tumpuan pada subjek yang lemah tetapi jangan abaikan pada subjek yang boleh buat.
  2. Skill:Perlu ada kemahiran untuk berjaya.Contoh belajar kemahiran menghafal formula Matematik, menghafal sifir dan sebagainya.
  3. Strategy:Perlu mengatur perancangan dan strategi untuk berjaya.Contoh membuat jadual belajar, belajar secara berkumpulan, sentiasa berjumpa dengan guru jika ada subjek yang tidak faham.
  4. Spirit (big why/support):Tidak boleh membanding-bandingkan diri dengan orang lain.  Kenali potensi diri. Perlu mendapat sokongan dari ibu bapa.  Ibu bapa dilarang membanding-bandingkan anak.
  5. Space:Perlu bijak mengatur masa.Gunakan masa yang ada untuk mengejar impian dan matlamat.
  6. Speed:Tidak perlu menunggu orang lain memberi arahan untuk kita belajar. Murid perlu pantas untuk merancang strategi bagi mencapai impian.
  7. Spiritual:Perlu jaga hubungan dengan Allah dan perlu jaga hubungan dengan manusia supaya segala urusan kita dipermudahkan.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dijalankan:

Ucapan aluan dari penyelaras program
Sesi ceramah motivasi bermula
Ceramah motivasi
Antara aktiviti yang dijalankan
Antara aktiviti yang dijalankan




Antara aktiviti yang dijalankan
Penyerahan buku motivasi kepada Guru Besar







No comments:

Post a Comment