Sunday 5 March 2017

HARI KANTIN 2017

Tarikh   :       25 Februari 2017
Hari      :        Sabtu
Masa    :        08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat :        SK Desa Pingiran Putra

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa (PIBG) telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada 25 Februari 2017. Program ini telah mendapat sokongan padu dari Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra yang telah menyumbangkan khemah dan dibantu oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sekolah,FAMA Selangor dan ADUN Dengkil.
Ia merupakan satu program yang berjaya menggabungkan sekolah, komuniti dan agensi luar. Di samping mencari dana PIBG, program ini berjaya memupuk kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.




Sebelum hari kantin dilaksanakan pelbagai persiapan dibuat. Ibu bapa memberi sumbangan bahan melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui kelas anak masing-masing. Sumbangan-sumbangan terus dicari samada dari kilang-kilang atau agensi swasta. Pihak Floria Putrajaya telah menyumbang pokok-pokok bunga, Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra telah menyumbangkan enam buah khemah dan tenaga bantu serta kerjasama dari DOMINOS. Terima kasih tidak terhingga kepada FAMA Selayang yang telah menjadi penaja utama dengan bertemakan makan buah-buahan tempatan. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan kerana di samping menyumbang buah-buahan sebanyak 600 `cup`, pihak FAMA juga telah mengadakan beberapa aktiviti dan permainan sepanjang hari kantin ini.


Sepakat membawa Berkat
En Johan (PIBG), En Rosli (PPD), En Sukimin (SKDPP) En Mustafa (FAMA), Pn. Aaida (FAMA)

Gimik Pelancaran Memotong Buah Tembikai
 disempurkan oleh En Rosli bin Badri
Penolong Pegawai PPD dan juga Pegawai SERANTA SKDPP

Program Hari Kantin juga mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba Putrajaya yang telah memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat lagi tugas sebagai seorang anggota bomba. Di samping berpeluang menaiki lori bomba, orang rami juga berpeluang mengabdikan kenangan dengan bergambar di sisi motorsikal bomba.

Tidak ketinggalan juga penglibatan dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. yang mengadakan pameran yang berkaitan dengan narkotik. Orang ramai berluang mendapat pengetahuan melalui pameran yang disediakan dan temu bual dengan anggota polis.



                                           SEKITAR PELAKSANAAN HARI KANTIN





Jualan Gerai makanan dan minuman


Permainan Kerusi Berirama

Gerai Minuman turut dibantu oleh Persatuan Penduduk

Hadiah kemuncak hari kantin - 3 buah basikal sumbangan ADUN Dengkil (Tuan Shahrum bin Mohd Shariff)
                                    



Bila tirai dilabuhkan pada jam 4.00 petang, maka tamatlah hari kantin SEDERAP 2017. Walaupun julung kali diadakan, aktiviti ini telah mampu menarik perhatian bukan sahaja komuniti setempat bahkan orang luar. Begitu juga kepada FAMA yang  memberi sepenuh kepercayaan untuk sama-sama melaksanakan hari kantin ini. Gabungan agensi kerajaan dan swasta serta persatuan penduduk dalam menjayakan hari kantin telah berjaya mencipta sejarah sekolah. Walaupun baru bertatih namun bukan alasan untuk mencuba. Terima kasih buat semua

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra

1 comment:

Blogger said...

If you're trying hard to lose fat then you certainly need to start using this brand new custom keto meal plan.

To produce this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are powerful, painless, cost-efficient, and fun.

Since their first launch in January 2019, 1000's of clients have already transformed their body and health with the benefits a professional keto meal plan can give.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto meal plan.

Post a Comment