Monday, 23 March 2015

PENCARIAN BAKAT PELAJAR PINTAR CERDAS SARINGAN PERTAMA UJIAN UKM 1 2015

Untuk makluman , Ujian Saringan UKM 1 secara atas talian telah bermula dari 01 Februari hingga 31 Mei 2015 melalui laman web http:ukm1.permatapintar.edu.my

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. 

Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATA pintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx.

Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman webhttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . 

Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my

Diharap para ibubapa dapat memberi galakkan kepada anak masing-masing untuk mengambil ujian ini.

Monday, 16 March 2015

Pelancaran Program The Champion Peringkat Daerah Sepang

               
                                         
                                                    Pelancaran The Champion Peringkat Daerah Sepang

         


Pn. Hajah Foziah Buang, Ketua Sektor Pengurusan Akademik

PPD Sepang Tn Hj Mat Jah Roslan memberi kata-kata aluan
Pengarah Pendidikan En. Zainuren sedang menyampaikan amanat dan harapanya
En. Sukimin Juki mewakili Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan secara simbolik menerima amanah pelaksanaan The Champion  daripada Tuan Pengarah Pendidikan Selangor
Pada hari Isnin, 16 Mac 2015 telah berlangsung pelancaran Program Champion bagi daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Majlis disempurnakan oleh tuan pengarah En. Zainuren Hj Mohd Nor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Hajah Foziah Buang, Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN dan Tn Hj Mat Jah Roslan, Ketua PPD Sepang.

Program ini dihadiri oleh Guru Besar dan guru Kaunseling seluruh daerah Sepang. Ia bertujuan untuk melonjakkan dengan satu lonjakan saujana pencapaian Selangir dari segi akademik.

Dalam ucapannya tuan pengarah tidak begitu risau dan bimbang terhadap pencapaian negeri Selangor dalam bidang sukan. Misalnya dalam kejohanan olahraga MSSM, Selangor menjadi johan selama 14 tahun berturut-turut. Begitu juga dengan permainan. Namun beliau kini ingin melihat Selangor mengorak langkah menjadi terbilang pula dalam bidang akademik.

PELANCARAN NILAM

PELANCARAN NILAM


TEMA: “Rakan Baikku Buku”

    Pendahuluan:

Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Setiap ilmu yang diperolehi sedikit demi sedikit dapat membentuk manusia yang berilmu. Program ini dapat membantu murid untuk membina ilmu pengetahuan dan justeru itu dapat mencerdaskan minda mereka. Ilmu yang diamalkan dengan berterusan melalui pembacaan akan menjadikan seorang insan lebih cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan bagi menggalakkan murid-murid menjadikan buku rakan baik mereka.

 Objektif:
1.1   Meningkatkan minat membaca yang berterusan.  
1.2   Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
1.3  Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
1.4  Mengenal pasti tokoh murid yang banyak  membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
1.5  Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
1.6  Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

TEMPOH;
        Program NILAM akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015 secara berterusan.
  Pelancaran majlis.

Tarikh    : 9 Februari 2015
 Hari       : Isnin
 Masa     : 7.30 pagi
Tempat  : Dataran SEDERAP
            Perasmi : En. Sukimin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra.

Persediaan Pelancaran
Ucapan daripada Cik Nurul Aqilah, Penyelaras NILAM

Ucapan daripada En.Sukimin Bin Juki, Guru Besar SEDERAP

Majlis Pelancaran NILAM
Hadiah Utama : Basikal (sumbangan daripada ibubapa)






Disediakan oleh ;
ATIRAH MUSTAFA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

Thursday, 12 March 2015

LAPORAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Pertandingan : Poem Recitation Competition

Pasukan : In pairs

Tarikh   : 10 Mac 2015

Tempat  : SK Jenderam

Pengurus : Nor Herda Irdiawaty binti Basiran

Jurulatih  : Nor Herda Irdiawaty binti Basiran & Yatimah bt Abdul

Pencapaian : Tempat Ketiga daripada dua belas pasukan yang bertanding.

Nama murid yang menyertai :


  1. Muhammad Irfan bin Shamsuddin (5 Utarid) 
  2. Haris Adam bin Isradzi (5 Utarid)


Tajuk Poem: Friends




Disediakan oleh :
NOR HERDA IRDIAWATY BASIRAN








Pelaksanaan Saringan 1 LINUS 2.0 bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi bagi Murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3, 2015

Saringan Membaca/Lisan dari 1 Mac 2015 hingga 31 Mac 2015
1. Membaca (Literasi Bahasa Malaysia)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
2. Membaca (Literasi Bahasa Inggeris)
Tahun 1 dan Tahun 2
3. Lisan (Numerasi)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
Saringan Menulis dari 5 April 2015 hingga 17 April 2015
1. Menulis (Literasi Bahasa Malaysia)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
2. Menulis (Literasi Bahasa Inggeris)
Tahun 1 dan Tahun 2
3. Menulis (Numerasi)
Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3
Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 untuk memastikan kehadiran anak-anak/jagaan tuan/puan ke sekolah.

Wednesday, 11 March 2015

Makluman Peperiksaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman semua ibu bapa, murid-murid Tahun 1 hingga 5 SK Desa Pinggiran Putra akan menghadapi DUA peperiksaan sahaja pada tahun ini  iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Ujian bulanan tidak diadakan kerana anak-anak tuan/puan akan dinilai sepanjang tahun oleh guru-guru melalui Penilaian Berasakan Sekolah (PBS).

Tuan/puan diminta sentiasa memastikan anak-anak tuan/puan membuat persediaan rapi bagi menghadapi kedua-dua peperiksaan tersebut.

Tarikh Peperiksaan SEDERAP
Peperiksaan Pertengahan Tahun : 11 - 15 Mei 2015
Peperiksaan Akhir Tahun: 26 - 30 Oktober 2015

Tuesday, 10 March 2015

TARIKH       : 09 MAC 2015
HARI            : ISNIN
MASA          : 7.40 -8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1)    En Hassan Helmi bin Yaacob
2)    Puan Norlizawati binti Mohd Ghazali
3)    Puan Umi Nazihah binti Che Ghani  
4)    Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan

KEHADIRAN GURU:  31/37 ORANG

GURU TIDAK HADIR:

En. Rosdin bin Ibrahim (Bengkel Pemantapan Pengurusan 3K)
Pn. Siti Norhazwani Binti Zainol (CRK)
Puan Noor Asiah Binti Mohd Yusof  (Bengkel Kelestarian Pedagogi Berkesan)
Puan Hannah Najihah Binti Razak (Bengkel Kelestarian Pedagogi Berkesan)
Puan Sabariah Binti Awang Ngah (Hakim Pertandingan Pantun)
Puan Iffahayati  Binti Ismail

Laporan
1. Nyanyian 2 buah lagu iaitu lagu `Negaraku' dan lagu `Negeri Selangor'.
2. Bacaan doa oleh Adik Fahmi bin Saipo.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin olehEn Hassan Helmi.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid, Adik 
Abdul Syamir bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fauzan Bin Muhammad

      i.        Terdapat segelintir murid yang hadir ke sekolah walaupun berada dalam keadaan yang tidak
tidak sihat.Murid-murid diminta berehat di rumah dan dapatkan rawatan di klinik bersama
penjaga.
    ii.        Murid-murid diminta menjaga disiplin dan tingkah laku sewaktu berada di dewan terbuka
selepas naik rehat dan ketika pertukaran waktu belajar.

   iii.        Murid-murid diminta mengamalkan budaya memberi salam kepada orang yang lebih tua terutamanya kepada guru di sekolah.  Apabila sampai di sekolah pada waktu pagi, muriddikehendaki bersalaman dan memberi salam dengan guru  yang bertugas di pintu pagar sekolah.
6. Slot Anti Dadah oleh Guru Kaunseling, Puan Norlizawati binti Mohd Ghazali.
i.  Mulai hari ini setiap pagi akan diadakan Slot Anti Dadah selama 5 minit sewaktu perhimpunan rasmi waktu pagi.
ii. Rokok mengandungi bahan yang dipanggil tembakau di dalamnya. Bahan ini sangat merbahaya kepada kesihatan badan. Nikotin di dalmnya menyumbang kepada ketagihan.
7.Perutusan daripada Menteri Kesihatan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia disampaikan oleh Adik Afrina Fatini binti Norizan selaku wakil dari Kelab Doktor Muda.
i.  Pada tarikh 9 – 15 Mac 2015, Malaysia akan menyambut Minggu Garam Sedunia dengan temanya “Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat”.
ii. Sempena sambutan ini Doktor Muda amat menggalakkan agar semua murid mengurangkan pengambilanmakanan  yang masin atau mempunyai kuantiti garam yang tinggi, mengelakkan pengambilan makanan segera, makan buah-buahan segar tanpa serbuk garam atau gula dan bersikap lebih berhati-hati sewaktu membeli makanan. Pilihlah makanan yang kurang kandungan garam.
8. Ucapan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki.
i.  Semua murid terutamya murid Tahun 6 yang akan menduduki perperiksaan UPSR pada tahun ini perlu berkorban banyak perkara dalam usaha mencapai kejayaan. Contohnya korbankan masa terluang yang selalu digunakan untuk bermain game dan digantikan dengan mengulangkaji pelajaran.
ii. Usaha sangat penting dalam mencapai kejayaan. Doa seharian hanyalah sebagai pelengkap kepada usaha yang berterusan. Sebagai generasi terakhir yang menduduki perperiksaan UPSR, KBSR pada tahun ini amat diharapkan agar pelajar mengambil peluang belajar bersungguh-sungguh dan terlibat sepenuhnya dalam segala program yang dirancang oleh guru-guru untuk mereka seperti IdKat (Intervensi dalam Kelas Tambahan).


Bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh En Hassan Helmi bin Yaacob








Bacaan ikrar murid

Laporan guru bertugas minggu lepas Puan Fauzan binti Muhammad 

Membaca perutusan sempena Minggu Kesedaran Gram Sedunia

Ucapan Guru Besar, En Sukimin bin Juki


Sunday, 8 March 2015

AKTIVITI KOKURIKULUM PASUKAN BADAN BERUNIFORM BIL 03/2015

PELAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Tarikh                :               04 Mac 2015 (Rabu)
Masa                  :               02.30 petang – 04.30 petang
Perjumpaan       :               Persatuan Pakaian Beruniform (BIL 03 /2015)


Bil
Unit
Tempat
Aktiviti
Kehadiran
Guru
Murid
1
Persatuan Pengakap
5 Marikh
Dataran Terbuka
1.    Laung Agung (teori)
2.    Latihan Tabik Hormat
7
55/58
2
Persatuan TKRS
Dataran Terbuka
1.    Latihan Kawad Perbarisan
6
47/54
3
Pandu Puteri Tunas
 Dataran Terbuka
Panji-Panji Ladam Kuda
9
34/36
4
Pergerakan Puteri Islam
Kelas 2 Anggerik
Bacaan & Hafazan Asma`ul Husna         
7
30/31


















Jumlah Kehadiran
29
166/179
Peratus Kehadiran
92.73

ULASAN

Aktiviti Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan baik. Ini merupakan minggu ketiga aktiviti Persatuan Pakaian Beruniform dilaksanakan.
9 orang murid menyertai Pertaningan Catur MSSD di SMK Dato` Abu Bakar Baginda.

Laporan dicatat oleh
Hassan Helmin bin Yaacob
S/Usaha Kokurikulum



Latihan Menerima Tabik Hormat

Kawad Perbarisan

Panji-Panji Ladam Kuda -Pandu Puteri Tunas
  
Bacaan Asma`ul Husna- Pergerakan Puteri Islam


 Terima kasih kepada guru-guru penasihat yang telah melaksanakan aktiviti Kokurikulum Pasukan Badan  Beruniform Bil 03/2015.