Monday 16 March 2015

Pelancaran Program The Champion Peringkat Daerah Sepang

               
                                         
                                                    Pelancaran The Champion Peringkat Daerah Sepang

         


Pn. Hajah Foziah Buang, Ketua Sektor Pengurusan Akademik

PPD Sepang Tn Hj Mat Jah Roslan memberi kata-kata aluan
Pengarah Pendidikan En. Zainuren sedang menyampaikan amanat dan harapanya
En. Sukimin Juki mewakili Guru Besar Sekolah-sekolah Kebangsaan secara simbolik menerima amanah pelaksanaan The Champion  daripada Tuan Pengarah Pendidikan Selangor
Pada hari Isnin, 16 Mac 2015 telah berlangsung pelancaran Program Champion bagi daerah Sepang di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Majlis disempurnakan oleh tuan pengarah En. Zainuren Hj Mohd Nor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pn Hajah Foziah Buang, Ketua Sektor Pengrusan Akademik JPN dan Tn Hj Mat Jah Roslan, Ketua PPD Sepang.

Program ini dihadiri oleh Guru Besar dan guru Kaunseling seluruh daerah Sepang. Ia bertujuan untuk melonjakkan dengan satu lonjakan saujana pencapaian Selangir dari segi akademik.

Dalam ucapannya tuan pengarah tidak begitu risau dan bimbang terhadap pencapaian negeri Selangor dalam bidang sukan. Misalnya dalam kejohanan olahraga MSSM, Selangor menjadi johan selama 14 tahun berturut-turut. Begitu juga dengan permainan. Namun beliau kini ingin melihat Selangor mengorak langkah menjadi terbilang pula dalam bidang akademik.

No comments:

Post a Comment