Monday 16 March 2015

PELANCARAN NILAM

PELANCARAN NILAM


TEMA: “Rakan Baikku Buku”

    Pendahuluan:

Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Setiap ilmu yang diperolehi sedikit demi sedikit dapat membentuk manusia yang berilmu. Program ini dapat membantu murid untuk membina ilmu pengetahuan dan justeru itu dapat mencerdaskan minda mereka. Ilmu yang diamalkan dengan berterusan melalui pembacaan akan menjadikan seorang insan lebih cemerlang. Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah perlu mencari pendekatan bagi menggalakkan murid-murid menjadikan buku rakan baik mereka.

 Objektif:
1.1   Meningkatkan minat membaca yang berterusan.  
1.2   Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah.
1.3  Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
1.4  Mengenal pasti tokoh murid yang banyak  membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
1.5  Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.        
1.6  Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

TEMPOH;
        Program NILAM akan dilaksanakan sepanjang tahun 2015 secara berterusan.
  Pelancaran majlis.

Tarikh    : 9 Februari 2015
 Hari       : Isnin
 Masa     : 7.30 pagi
Tempat  : Dataran SEDERAP
            Perasmi : En. Sukimin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra.

Persediaan Pelancaran
Ucapan daripada Cik Nurul Aqilah, Penyelaras NILAM

Ucapan daripada En.Sukimin Bin Juki, Guru Besar SEDERAP

Majlis Pelancaran NILAM
Hadiah Utama : Basikal (sumbangan daripada ibubapa)






Disediakan oleh ;
ATIRAH MUSTAFA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

No comments:

Post a Comment