Tuesday, 14 June 2016

Sepanjang Bulan Ramadan 1437 Hijrah

As salam,
Sempena bulan Ramadan, terdapat beberapa perubahan dan aktiviti khas yang diatur oleh pihak sekolah.  Namun demikian waktu persekolahan dan jadual waktu adalah tidak berubah kerana sekolah kita hanya satu sesi persekolahan.  Berikut disenaraikan perkara-perkara penting untuk rujukan dan tindakan semua yang berkenaan:


  1. Waktu dan jadual persekolahan adalah tidak berubah
  2. Kantin tidak dibuka
  3. Tiada aktiviti Pendidikan Jasmani.  Sehubungan itu, pastikan memakai pakaian seragam sekolah biasa
  4. Tiada aktiviti Kokurikulum Mingguan.  Sehubungan itu, pastikan memakai pakaian seragam sekolah biasa
  5. Waktu rehat disamakan bagi Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu 9.40 - 10.00 pagi (sehingga 24 Jun 2016)
  6. Terdapat program Ihya' Ramadan
  7. Hidangan makanan di prasekolah juga 
  8. Cuti Umum sempena Nuzul Quran pada Rabu, 22 Jun 2016 bersamaa 17 Ramadan 1437 Hijrah
  9. Sekolah akan ditutup selama 9 hari iaitu mulai 2 Julai hingga 10 Julai 2016
Sila simpan no. telefon sekolah 03-89209115 di telefon anda bagi memudahkan urusan apabila diperlukan.

Apabila Menerima Slip Keputusan Peperiksaan Anak

Contoh Slip Peperiksaan (sekadar hiasan)

Seperti lazimnya setiap sekolah akan mengadakan satu hari khas sesi bertemu antara ibubapa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak masing-masing setelah selesai sesuatu peperiksaan. Dahulu ia dikenali sebagai Hari Terbuka namun pada masa sekarang sesetengahnya sekolah menukar nama tersebut dengan berbagai nama, sebagai contoh Hari Jalinan Mesra. Walaupun namanya berubah namun matkamatnya tetap hampir sama.  Trend masa kini setiap sekolah akan melaksanakan dua kali peperiksaan dalam setahun iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).  Namun bagi murid Tahun 6, biasanya mereka akan menghadapi sekurang-kurangnya satu lagi tambahan peperiksaan iaitu Peperiksaan Percubaan UPSR selain daripada Peperiksaan UPSR yang sebenar.

Pada masa kini, Kementerian Pendidikan menyediakan aplikasi dalam talian yang dipanggil sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).  Secara ringkasnya SAPS membantu guru untuk memperoses keputusan peperiksaan seseorang murid, kelas dan darjah.  Hasil daripada proses tersebut, maka dapatlah pihak sekolah, PPD, JPN, KPM dan ibubapa melihat keputusan tersebut secara dalam talian.  Guru mata pelajaran hanya perlu memasukkan markah dan setelah selesai ke semua markah mata pelajaran diisi, Setiausaha Peperiksaan akan melaksanakan fungsi proses pada SAPS.  Hasilnya SAPS akan menentukan Gred (mata pelajaran), Jumlah Markah, Peratus, Gred Purata Pelajar, Keputusan, dan akhir sekali ialah Kedudukan Dalam Kelas dan Kedudukan Dalam Darjah bagi setiap pelajar.  Selepas itu baharulah Guru Kelas akan memasukkan Kedatangan dan membuat Ulasan Guru Kelas sebelum boleh mencetak slip keputusan kelasnya.



Apabila Menerima Slip Keputusan Peperiksaan Anak, apa yang perlu dicari pada slip tersebut?
1.       Kedatangan - di sini kita boleh kesan andainya anak kita terbabit dengan ponteng.  Selain itu  maklumat ini juga boleh dikaitkan dengan prestasi anak. Pastikan berbincang dengan guru sebelum membuat sesuatu andaian/kesimpulan.
2.      Kenali 6 subjek yang diambil kira dalam mengira keputusan pepeperiksaan
a.      BM Pemahaman,
b.      BM Penulisan,
c.       BI Pemahaman,
d.      BI Penulisan,
e.      Matematik, dan
f.        Sains
3.      Himpunan gred-gred subjek tersebut akan ditunjukkan pada Pencapaian Gred Keseluruhan(Misalnya 4[A] 2[B])
4.      Gred Purata Pelajar (GPP). GPP diperolehi daripada bilangan A, B, C, D dan E yang diperolehi pelajar. Setiap gred ada poinnya (A=1, B= 2, C=3, D=4 dan E=5) dan dari sini akan dikira puratanya.
5.      Keputusan. Ada 5 tahap keputusan  iaitu
a.      Cemerlang,
b.      Baik,
c.       Memuaskan,
d.      Mencapai Tahap Minimum, dan
e.      Belum Mencapai Tahap Minimum.
Ia ditentukan berdasarkan kepada gred paling rendah yang diperolehi pelajar dalam 6 subjek (rujuk no. 2 di atas).  Jika gred terendah ialah A (maknanya 6A) maka Keputusannya ialah Cemerlang, jika gred terendahnya B (misalnya 5A1B, 3A3B, 6B) maka Keputusannya ialah Baik.  Jika gred terendahnya C (misalnya 5A1C, 3A1B2C) maka Keputusannya ialah Memuaskan.  Begitulah seterusnya dengan D = Mencapai Tahap Minimum dan E = Belum Mencapai Tahap Minimum
6.      Kedudukan Dalam Kelas.  Nombor (Biasanya kita tanya "periksa dapat nombor berapa?") kelasnya sahaja.  No. 1 adalah yang terbaik.

7.      Kedudukan dalam Darjah.  Kedudukan anak kita dalam himpunan semua murid dalam kelas-kelas yang sama kohot umurnya.
Sebaik-baiknya tuan/puan mengenali terlebih dahulu guru kelas dan guru-guru mata pelajaran yang mengajar anak masing-masing.  Sekurang-kurangnya ia dapat membantu melancarkan pergerakan tuan/puan sewaktu berlangsungnya Hari Jalinan Mesra. Walau bagaimanapun tuan/puan perlu menjangka bahawa tidak semua guru akan dapat ditemui pada waktu ini memandangkan mereka akan sibuk dengan kelas masing-masing selain daripada faktor sesetengah guru tiada di sekolah kerana terbabit dengan aktiviti/urusan tertentu di luar.  Sehubungan itu, bagi tuan/puan yang sudahpun memperoleh keputusan peperiksaan terlebih dahulu menerusi SAPS dalam talian, rancanglah guru-guru yang ingin ditemui.

Berdasarkan perkara di atas bolehlah berbincang dan bersoal-jawab dengan guru kelas mahupun sesetengah guru mata pelajaran yang penting berdasarkan keputusan peperiksaan anak tuan/puan untuk mendapatkan pelbagai perkara yang berguna untuk anda membantu anak di rumah. Namun demikian, dalam dunia siber sekarang ini tuan/puan masih boleh berhubung dengan guru-gur berkenaan menerusi aplikasi-aplikasi media sosial secara alam maya.

Akhirnya turunkanlah tanda tangan di slip keputusan asal untuk rekod rasmi simpanan  sekolah.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama.

SEDERAP - muafakat membawa berkat


HARI JALINAN MESRA SESI 1/2016



Program tersebut akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:


Tarikh : 17 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas anak tuan/puan



  1. Antara tujuan perjumpaan ini ialah untuk menyerahkan slip rasmi keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajaran anak tuan/puan serta berusaha meningkatkan prestasi akademik mereka.
  2. Ibu bapa boleh membawa anak pulang setelah selesai berjumpa dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
  3. Sumbangan PIBG sebanyak RM50 sekeluarga dan SMS Blast sebanyak RM5 juga boleh dibayar kepada Bendahari PIBG pada hari berkenaan di kaunter pejabat.
  4. Mengemaskini rekod no. telefon ibu/bapa yang ada dalam simpanan sekolah

Thursday, 9 June 2016

Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak di Laman Web KPM

Para ibubapa/penjaga boleh menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing di laman web SAPS Kementerian Pendidikan dengan klik di sini.


Pengguna hanya perlu memasukkan no MyKid anak masing-masing, selain dari memilih Sekolah Rendah dan tahun 2016.

Selepas itu pilih jenis peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Papar Slip Keputusan atau Papar markah Peperiksaan. Keputusan peperiksaan anak tuan/puan akan dipaparkan.  Untuk mencetak paparan tersebut anda hanya perlu klik pada butang/logo Cetak.

Pada Slip Keputusan ada dicatatkan Keputusan.  Untuk makluman, terdapat 5 jenis keputusan iaitu:
  1. Cemerlang
  2. Baik
  3. Memuaskan
  4. Mencapai Tahap Minimum
  5. Belum Mencapai Tahap Minimum
Keputusan ini bolehlah dikaitakan sebagai A=Cemerlang, B=Baik, C=Memuaskan, seterusnya D dan E.

Bagi menentukan Kedudukan Dalam Kelas/Darjah, SAPS hanya mengambil kira mata pelajaran teras sahaja iaitu:

  1. Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Bahasa Melayu Penulisan
  3. Bahasa Inggeris Pemahaman
  4. Bahasa Inggeris Penulisan
  5. Matematik
  6. Sains

Untuk mengetahui bagaimana kaedah SAPS memberi nombor kedudukan dalam kelas (KDK), bolehlah klik pautan di blog MGB Selangor.


Thursday, 2 June 2016

PRASEKOLAH: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH 2016

Tarikh : 25 Mei 2016

Masa : 7.30 pagi - 2.30 petang

Tempat : Kilang Beryl's Cookies, Taman Rama-rama, Taman Burung dan Muzium Polis


Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti tahunan Prasekolah SK Desa Pinggiran Putra. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pengalaman semulajadi kepada murid-murid prasekolah terhadap kehidupan semulajadi flora dan fauna disamping memupuk sifat ingin tahu dalam diri murid-murid prasekolah tentang keadaan di sekeliling mereka.

Program lawatan prasekolah pada kali ini adalah dengan kerjasama En. Alias daripada Syarikat Hani Genius yang bertindak sebagai pemandu arah bersama-sama dengan 2 orang pembantu beliau iaitu En, Syuk dan En. Alif . Rombongan lawatan ini telah disertai oleh 5 orang guru pengiring dan 50 orang murid termasuk 5 orang murid daripada Program Pemulihan Khas Integrasi (PPKI).

Bas yang kami naiki memulakan perjalanan dari sekolah pada jam 8 pagi. Destinasi pertama kami adalah ke Kilang Beryl's Cookies yang terletak di Serdang. Perjalanan dari sekolah ke kilang ini mengambil masa lebih kurang setengah jam. Murid-murid sempat bersarapan pagi di dalam bas sebelum tiba ke destinasi yang dituju. Sejurus tiba di kilang tersebut, kami sempat bergambar kenangan terlebih dahulu sebelum murid-murid dibawa masuk ke dalam bilik tayangan untuk menonton video pendek tentang sejarah, proses-proses kerja dan hasil-hasil yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.

Pada jam 9.15 pagi, kami memulakan perjalanan ke Taman Rama-rama. Perjalanan ke Taman Rama-rama memakan masa lebih setengah jam. Jalan agak sesak apabila bas memasuki Bandaraya Kuala Lumpur. Namun murid-murid tetap semangat dan gembira di dalam bas walaupun perjalanan mengambil masa agak lama. Setibanya di Taman Rama-rama murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan murid lelaki telah dipimpin oleh En. Syuk manakala En. Alif pula memimpin kumpulan murid perempuan. Murid-murid telah memberikan perhatian yang sangat baik semasa sesi penerangan oleh En. Alias tentang hidupan di taman tersebut, Walaupun ada kalanya sesetengah murid sukar untuk dikawal namun guru-guru pengiring telah memainkan peranan masing-masing dengan amat baik. Pelbagai jenis rama-rama yang bermacam warna dan bentuk dapat dijumpai di taman ini. Murid-murid sangat kagum dengan kepelbagaian dan kejinakkan serangga ini bila berhadapan dengan manusia.

Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Taman Burung. Perjalanan dari Taman Rama-rama ke Taman Burung mengambil masa lebih kurang 15 minit. Taman Burung yang berkonsepkan bebas terbang ini menempatkan 200 spesies burung dan dianggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung yang datang dari dalam dan luar negara. Murid-murid berkesempatan melihat pelbagai jenis burung yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini secara 'live'. Murid-murid sangat teruja melihat burung unta yang besar, burung enggang yang mempunyai paruh yang besar dan tajam dan burung merak yang memiliki ekor dan bulu yang cantik. Murid juga berkesempatan memberi makan kepada burung-burung yang dilepaskan di luar sangkar.

Kami telah berhenti rehat seketika di perkarangan Masjid Negara pada jam 12.00 tengah hari sambil menjamu kudapan tengah hari kami. Murid-murid makan dengan sangat berselera bersama rakan-rakan. Walaupun penat kerana seharian meluangkan masa berjalan-jalan di Taman Rama-rama dan Taman Burung namun raut wajah riang dan gembira murid-murid ini jelas terpancar.

Selesai menjamu selera pada jam 12.40 tengah hari, kami meneruskan perjalanan kami ke Destinasi yang terakhir iaitu Muzium Polis.Di Muzium ini murid-murid diperlihatkan dengan pelbagai jenis tinggalan artifak dan maklumat sejarah yang dipaparkan di dalam dan di luar muzium berkaitan dengan pekerjaan yang mencabar ini. Murid juga dapat melihat revolusi senjata-senjata yang digunakan oleh pasukan polis pada zaman dahulu sehingga kini. Murid-murid juga sangat teruja apabila berpeluang berjumpa secara lebih dekat dengan pegawai-pegawai polis yang segak berpakaian seragam biru gelap.

Kami bertolak pulang pada jam 1.45 petang dan tiba di sekolah pada jam 2.30 petang. Pengalaman baru yang diperolehi oleh murid pada sesi lawatan pada kali ini sesuatu yang sangat berharga buat mereka dalam meniti kehidupan yang mendatang. Disamping kegembiraan dan pengalaman yang diperolehi, aktiviti lawatan ini juga diharapkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid disamping memupuk perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelek dan sahsiah selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Murid-murid bersedia untuk menaiki bas







Pemandu arah kami pada hari ini, En. Alias dari Syarikat Hani Genius

Destinasi pertama kami, Kilang Beryl's Cookies di Serdang
Destinasi kedua, Taman Rama-rama
Masing-masing kelihatan sangat ceria kerana ada yang baru pertama kali sampai ke sini
En. Alias memberi penerangaan kepada murid-murid 
Murid memakai pas sebelum masuk ke Taman Burung
Murid tertarik dan teruja dengan kepelbagaian jenis burung yang terdapat di sini
Berhenti melihat aksi burung kakak tua yang sangat jinak
Terdapat juga burung yang dibiarkan  bebas dari sangkarnya
Walaupun penat namun tetap gembira bersama dengan rakan-rakan
Hentian terakhir sebelum kami menjamu selera melepaskan lelah..
Berehat sambil menjamu selera di perkarangan Masjid Negara







Meneruskan ke destinasi yang terakhir, Muzium Polis

Melihat pakaian seragam polis dari zaman dahulu sehingga kini



Bergambar bersama senjata replika pada zaman komunis






Menonton video pendek tentang sejarah perjuangan polis-polis pada masa lalu

Segak tak saya..:)



Bergambar kenangan di depan muzium sebelum berangkat pulang



PRASEKOLAH: SAMBUTAN HARI JADI MURID-MURID PRASEKOLAH BULAN JANUARI HINGGA JUN


Tarikh : 19 Mei 2016

Masa : 9.00 pagi - 11.40 pagi

Tempat : Ruang Makan Prasekolah


Sambutan hari jadi prasekolah telah berlangsung dengan meriah di ruang makan prasekolah. Majlis yang merupakan kali pertama diadakan seperti yang dirancang dalam takwim prasekolah bertujuan untuk meraikan semua murid prasekolah yang lahir dalam bulan Januari hinggan bulan Jun dalam satu suasana majlis yang ceria dan penuh bermakna. Majlis yang diadakan juga secara tidak langsung bertujuan untuk memupuk kesedaran murid bahawa diri mereka sangat berharga disamping dapat menanamkan semangat kasih sayang dan nilai murni dalam diri mereka.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Jadi' dan 'Happy Birthday To You' oleh semua murid prasekolah dan diikuti dengan acara memotong kek. Seterusnya murid-murid telah menjamu selera dengan pelbagai juadah 'potluck' yang dibawa masing-masing.

Meskipun dalam kesibukan bekerja, para pentadbir dan staff SK Desa Pinggiran Putra telah turut serta meluangkan masa memeriahkan lagi sambutan hari jadi yang berlangsung. Sebelum pulang, semua murid telah menerima saguhati sebagai kenang-kenangan yang telah disampaikan oleh PK HEM, En. Rosdin bin Ibrahim.

Majlis sambutan hari jadi ini telah mencapai matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada semua murid prasekolah. Semua murid pulang dengan riang bersama-sama dengan pengalaman dan kenangan manis yang telah diperolehi.




Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi 
Diikuti oleh lagu 'Happy Birthday' oleh semua murid prasekolah
Antara murid yang diraikan (Dari kiri: Sufira, Aqilah, Baiz, Azim, Aryan & Haziq Haiqal)

Guru Besar, En. Sukimin sempat meluangkan masa bersama murid-murid walaupun seketika 
Antara kudapan-kudapan yang disumbangkan oleh ibu bapa
Terima kasih juga kepada Adik Irsyad Azzam atas sumbangan KFC kepada semua murid
Seronok menikmati kudapan masing-masing

Makan, makan juga, mari kita pose sikit...
Hari ini cikgu suruh makan saje..:)
Berselera sungguh Adik Fateh makan..
Masing-masing kelihatan comel pada hari ini
Makan, makan dan makan lagi...
Pn. Zainun (Ibu kepada Adik Tg Aqil) yang turut hadir memeriahkan sambutan
Pemberian saguhati oleh PK HEM, En. Rosdin 
Sabar..semua akan dapat..

Murid kelihatan sangat ceria dan gembira dengan hadiah saguhati masing-masing



























Terima kasih cikgu kerana meraikan kami..:)

Friday, 27 May 2016

Royal Floria Putrajaya 2016

Jangan lupa untuk singgah di booth SEDERAP R16 apabila anda berkunjung ke Royal Floria Putrajaya 2016.  Ini merupakan penyertaan kali kedua sekolah kita dan tema bunga pada tahun ini ialah Bunga Kekwa.  Inilah hasil kerjasama guru, murid dan ibubapa yang sama-sama merealisasikan taman bunga fantasi sekolah kita.  Terima kasih kepada semua.










Cuti Sekolah Penggal 1: Selamat Bercuti



Mulai esok 28 Mei 2016, sekolah akan memulakan cuti Penggal 1 selama dua minggu setengah (16 hari).  Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Isnin, 13 Jun 2014.

Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid.  Semoga masa cuti ini dapat dimanfaat dengan perkara-perkara yang berfaedah.  Juga diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubaraq

Thursday, 26 May 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2016

Peringatan mesra.


Kepada,

Ibu bapa/penjaga
Murid SK Desa Pinggiran Putra

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis sambutan hari guru Tahun 2016 peringkat sekolah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 Mei 2016 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Sekian terima kasih

PELAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 25 Mei 2016
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Persatuan Badan Beruniform  Bil 08/2016

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Surau


Aktiviti:
1. Tatacara perjumpaan
2. Asas pertolongan cemas
3. Amali anduh


03/10
36/38
2
Pengakap

Pusat Sumber


Aktiviti;
1.Nyanyian lagu kebangsaan dan negeri
2.kemas kini buku log
3.kawad kaki


9/9

60/70

3
Tunas Kadet Remaja

Kantin

Aktiviti :
1.Nyanyian lagu kebangsaan dan negeri
2.kemas kini buku log-Jenis ikatan
3.kawad kaki

Th:
1.Reza Renaldi
2.Haziq haikal
3.Adam Affuan
4. Ammeer Khan
5. Irfan kamaruddin
6.Hidayat

Kehadiran guru :
Pn Hannah bersalin



7/8
63/68
4
Pandu Puteri Tunas
Kelas 1 Timina

Aktiviti
Aktiviti :
Membawa perutusan dan membaca peta.

4/10
37/37

Jumlah Kehadiran                            :               196
Jumlah Kehadiran Sepatutnya         :               213
Peratus Kehadiran                        :               96.5 %


RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik . Pada masa yang sama ramai guru yang bergotong-royong menyiapkan floria. Aktiviti Mingguan Kokurikulum PBB ini diakhiri dengan Tepuk Semangat.


Disediakan oleh

Salmah Ismail
PK Kokurikulum

Persatuan Pengakap

Persatuan PPIM

Persatuan PPT

Persatuan TKRS