Monday 24 February 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI (MINGGU KE SEMBILAN)


TARIKH          : 24 FEBRUARI 2014
HARI              : ISNIN
MASA             : 7.40-8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1)    PUAN NORWATI BINTI MOHAMAD SUPIAN
2)    PUAN NURHAFIZA BINTI MOHAMAD RAMDZAN
3)    PUAN NURUL HIDAYAH BINTI WAHID
4)    PUAN NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH

KEHADIRAN GURU:  21/23 ORANG

GURU TIDAK HADIR DENGAN MAAF:

1) ENCIK SUKIMIN BIN JUKI (Guru Besar)           - Menghadiri Mesyuarat
2) PUAN ZARUL HUDA BINTI HAJI KAMARUDIN   - Cuti Tanpa Rekod.

Laporan: 

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh adik Mohd Syamir
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Norwati.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustazah Noor Hayati binti Miswan  
                      i.        Pengurusan Disiplin
-     Terdapat lagi segelintir pelajar yang meninggalkan sisa-sisa makanan di atas meja selepas waktu rehat walaupun perkara ini sudah kerap kali ditegur oleh guru.
-     Pelajar diingatkan supaya meletakkan cawan dan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan.
                     ii.        Keselamatan sewaktu berbasikal
-     Pastikan basikal yang dinaiki cukup ciri keselamatan seperti brek basikal boleh berfungsi dengan baik.
-      Basikal hendaklah bersesuaian dengan fizikal pelajar (mengikut saiz pelajar).
                    iii.        Keseragaman sewaktu menjawab ucapan salam.
-      Perlu menjawab salam secara pantas dan seragam.               
6. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii) Tema: Menjaga Keselamatan Diri
-       Menjaga perilaku untuk mengelakkan kemalangan pada diri sendiri mahupun orang lain.
-       Jangan mengikut atau mengambil sesuatu yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali.
7. Ucapan Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid, En Rosdin bin Ibrahim.
    i ) Pastikan pelajar memasang niat yang baik iaitu pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu yang berguna                 sebelum ke sekolah supaya pelajar gembira ke sekolah serta segala urusan dipermudahkan.
    ii) Amat penting mematuhi undang-undang/peraturan sekolah supaya tiada masalah timbul serta P&P boleh         berjalan tanpa sebarang masalah.
   iii) Sewaktu musim panas ini pelajar dinasihatkan supaya minum lebih banyak air untuk mengelakkan                   dehidrasi dan memastikan badan sentiasa sihat.

Disediakan oleh,
Pn Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan



Barisan guru bertugas Minggu ke-9 bersama pentadbir



Ucapan guru bertugas, Pn Norwati.



Ucapan oleh GPK Hal Ehwal Murid, En Rosdin bin Ibrahim




Barisan murid-murid SK Desa Pingiran Putra


No comments:

Post a Comment