Tuesday 11 February 2014

MAJLIS RAMAH MESRA DAN BACAAN YASIN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pada hari Sabtu 8 Februari 2014, telah diadakan Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yasin di antara ibu bapa penjaga dengan warga sekolah SK Desa Pinggiran Putra sempena pembukaan sekolah baru di Pusat Sumber SK Desa Pinggiran Putra. 
Majlis diadakan bertujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru serta penerangan tentang sarana sekolah. 
Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Encik Ab Ghani bin Hashim yang juga menerangkan tentang penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Sarana Sekolah.
Majlis turut dihadiri wakil komuniti Desa Pinggiran Putra iaitu Ustaz Mustafa Kamal bin Yahya, Imam 2 Majis JamuurRahman, Kampung Limau Manis dan Encik Jailani bin Kadir, Pengerusi JKKKP Kampung Limau Manis. 
Majlis dimulai dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Mustafa Kamal bin Yahya, ucapan aluan encik Ab Ghani dan Ucapan aluan Guru Besar SKDPP, Encik Sukimin bin Juki. 
Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

Ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir. 

Berikut antara gambar majlis yang dapat dikongsikan :

Pendaftaran ibu bapa

Tambah kapsyen

Tetamu jemputan Encik Ab Ghani bin Hashim dan Encik Jailani bin Kadir

Tetamu jemputan Ustaz Mustafa Kamal bin Yahya

Ucapan perasmian dan penerangan Sarana Sekolah oleh En Ab Ghani bin Hashim

Para ibu mengaminkan doa



Para ibu bapa yang hadir

Cenderamata untuk perasmi

Sesi perkenalan ibu bapa

Ucapan aluan Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SKDPP

Sesi memperkenalkan guru-guru SKDPP




No comments:

Post a Comment