Thursday 27 February 2014

PERLANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA SK DESA PINGGIRAN PUTRA.

Tarikh                          : 27.2.2014
Masa                            :7.40 – 8.10 pagi
Tempat                        : Tapak Perhimpunan SKDPP

Program Susu Sekolah bagi tahun 2014 telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh guru besar. Isi kandungan ucapan beliau adalah seperti berikut:

1) Susu penting dalam pengambilan nutrisi seharian. Kaum wanita memerlukan lebih susu berbanding kaum lelaki kerana susu mengandungi banyak kalsium yang diperlukan sewaktu mengandung dan menyusukan anak. Sekurang-kurangnya susu perlu diminum sebanyak dua kali dalam seminggu.
    2) Program susu diwujudkan untuk melahirkan generasi yang lebih sihat pada masa hadapan serta melatih murid mengambil susu seawal usia tujuh tahun iaitu mula awal persekolahan.
   3) Pelajar diingatkan supaya membuang kotak susu yang telah diminum ke dalam tong sampah yang disediakan.



Program diteruskan dengan ucapan berkaitan objektif program serta garis tatacara minum susu sekolah oleh Puan Sha’azrina binti Mohd Imran selaku penyelaras Program Susu 1 Malaysia.  

PROGRAM SUSU SEKOLAH
Tujuan         : Mewujudkan generasi muda yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan.
Manfaat      :  1. Dapat mendidik murid untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.
                        2. Menanam kesedaran akan kepentingan pengambilan susu sebagai amalan harian.
                        3. Menjadikan murid lebih aktif dan sihat hasil pemakanan yang berkhasiat.
Pemberian susu yang dibenarkan :
1.      Susu diluluskan oleh KKM.
2.      Susu  yang tidak mengalami kerosakan fizikal.
3.      Susu yang tidak melebihi tarikh luput.

Panduan Ringkas :

LANGKAH 1 – LIHAT
-        Baca tarikh luput pada label kotak susu.
-        Jangan minum jika kotak susu kemek, gelembung dan bocor atau luput.
      
      LANGKAH 2 – HIDU
-       Jangan minum jika terdapat bau tidak enak masam atau busuk.

      LANGKAH 3 – RASA SEDIKIT
-       Jangan minum jika terdapat rasa seperti masam atau basi.

Tanda-tanda keracunan  :
1.      Sakit perut memulas
2.      Cirit birit
3.      Muntah
4.      Pening/loya

Program diakhiri dengan demontrasi minum susu oleh Puan Sha’azrina bersama murid dengan kerjasama guru-guru SK Desa Pinggiran Putra.

Disediakan oleh,
Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan.






No comments:

Post a Comment