Thursday 13 February 2014

Latihan olahraga dan ping pong

Pada hari Rabu 12 Februari di waktu kokurikulum,  seramai 22 orang murid olahraga dan 4 orang murid ping pong menjalani latihan untuk kejohanan peringkat daerah Sepang yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Murid - murid ini hanya berlatih pada waktu kokurikulum sahaja dan bukan pada setiap hari persekolahan. Ini adalah kerana pihak sekolah tidak mahu muridd - murid ini ketinggalan di dalam pelajaran mereka. Walaupun murid - murid bersukan untuk kecergasan tetapi pelajaran jangan ditinggalkan. Marilah kita sama - sama berdoa supaya mereka ini mendapat kejayaan demi menaikkan nama sekolah  kita di daerah Sepang ini.





No comments:

Post a Comment