Sunday 9 March 2014

Mesyuarat Penubuhan PIBG SK Desa Pinggiran Putra


Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SKDPP)  telah diadakan di bilik mesyuarat pada 8 Mac 2014, jam 8.30 malam di Bilik Mesyuarat SKDPP.

Antara tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk melantik jawatankuasa penaja PIBG SKDPP bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama.

Ahli mesyuarat telah melantik Encik Mohd Radzi Bainan sebagai Yang DiPertua bagi jawatankuasa penaja, sementara jawatan Naib Yang DiPertua pula disandang oleh Encik Haslan bin Ahmad.


Dr. Haji Mohd. Radzi Bainan (YDP)

En. Haslan bin Ahmad (NYDP)
Selain itu, ahli jawatankuasa penaja dalam kalangan guru adalah seramai 7 orang guru yang terdiri dari seorang setiausaha, seorang bendahari dan 5 orang ahli jawatankuasa.  Enam AJK penaja dalam kalangan ibu bapa dan penjaga murid,juga telah dilantik iaitu Encik Ibrahim bin Jantan, Puan Siti Rom bt. Dariman, Puan Normi bt. Ghazali, Puan Norhaidah Asma bt. Mohd Hashim, Encik Jailani b. Kadir, dan Encik Naszeri b. Haji Mohd Nor.

Dalam mesyuarat yang dijalankan, selain melantik ahli jawatankuasa, perkara-perkara lain yang dibincangkan antaranya, penetapan tarikh Mesyuarat Agung PIBG dan senarai dif-dif jemputan dan perasmi ke Mesyuarat Agung tersebut.

Mesyuarat telah memutuskan tarikh Mesyuarat Agung PIBG SKDPP ialah pada 19 April 2014, jam 9.00 pagi. Hal-lain lain yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK yang akan datang. 

Antara AJK PIBG yang hadir

Antara AJK PIBG yang hadir

Antara AJK PIBG yang hadir

Guru Besar yang merupakan ex-officio persatuan bertindak sebagai Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. 
Guru Besar merangkap Penasihat kepada PIBG

Berikut ialah di antara yang diingatkan oleh Penasihat:
Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti- 
  1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajkan murid; 
  2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah; 
  3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat; 
  4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Mengingatkan agar notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. 
Selain itu, memandangkan berkemungkinan besar Mesyuarat Agung tidak dapat dijalankan selewat-lewatnya pada bulan Mac, maka beliau menggesa agar dikemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar pada atau sebelum 31 Mac.

Kehadiran mesyuarat ialah seperti berikut:

Penasihat:
En. Sukimin bin Juki (Guru Besar)

Guru-Guru Penolong Kanan SKDPP:


  1. Pn. Maznah bt. Mohd. Noor
  2. En. Rosdin bin Ibrahim
  3. Pn. Salmah bt. Ismail



Ibu/bapa/penjaga:

  1. Dr. Hj. Mohd Radzi bin Bainan (YDP)
  2. En. Haslan bin Ahmad (NYDP)
  3. En. Nazeri b. Hj. Mohd Nor
  4. Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan
  5. Pn. Norhaidah Asma
  6. En. Jailani bin Kadir
  7. Pn. Normi binti Ghazali
  8. Pn. Siti Rom binti Darman


Guru:
  1. Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid - Setiausaha
  2. Pn. Fauzan binti Hj. Muhamad - Bendahari
  3. En. Zulhilmi bin Nawawi - AJK
  4. Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof - AJK
  5. Pn. Wan Salawati binti Wan Mohd Nor - AJK
  6. Pn. Rozayma binti  Zaman - AJK





No comments:

Post a Comment