Monday 10 March 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 11


LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE 11


 

TARIKH: 11 MAC 2014

HARI: ISNIN

GURU BERTUGAS:            1) EN. ZAKARIA B. SHA`ARI

                                               2) PN. ANIS FARHAH BT. MD ISA

                                               3) EN. ZULHILMI B. NAWAWI

                                               4) PN. ZAHRUL HUDA BT. HJ. KAMARUDIN

KEHADIRAN GURU:  24/24 ORANG

 

Laporan 

1. Nyanyian 2 buah lagu - lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
2. Bacaan doa oleh Pengawas bertugas
3. Bacaan ikrar Rukun Negara
4. Bacaan ikrar Jalanraya
5. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas Sekolah,.
6. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Sha`azrina
  
  i) Kebersihan
-          teguran kepada murid-murid supaya jangan membuang sampah ke dalam sinki. Buang ke dalam tong sampah yang disediakan. Bersama menjaga kebersihan sekolah.

    ii) Disiplin
         - Beratur jika keluar dari kelas ketika bergerak ke kelas yang lain. Berjalan dalam barisan dengan senyap.
         - Jangan bising jika guru tiada dalam kelas.

7. Ucapan guru bertugas minggu ini oleh En. Zakaria.
    i)  memperkenalkan guru-guru bertugas
    ii)  jika murid mengalami masalah, sila berhubung dengan guru- guru tersebut.
    iii) jika rasa kurang sihat, tidak perlu hadir ke sekolah. Jaga kesihatan diri terutama di dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik seperti sekarang.

8. Ucapan Guru Disiplin oleh Pn. Zahrulhuda.
i) Tema pada minggu ini: Amanah.

Amanah adalah sifat yang baik, jujur. Cara untuk mengamalkan sifat amanah dalam diri adalah seperti membawa buku yang telah diamanahkan oleh guru. Kembalikan atau serahkan kepada guru jika ada terjumpa wang atau barang- barang yang berharga.

9. Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat sekolah SKDPP oleh Pn. Jawahir.

i) Tujuan
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah seperti mengambil berat, prihatin dan sabar. Murid adalah aset penting yang perlu dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa komuniti dan masyarakat.

ii) Aktiviti- aktiviti.
Dalam fasa pertama, aktiviti yang akan dijalankan ialah:

i) Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Guru akan menyambut murid di pintu pagar dan mengucapkan selamat datang. Begitu juga semasa pulang dari sekolah.

ii) Program Mentor-mentee. Guru membantu murid yang bermasalah, membuat lawatan atau ziarah ke rumah murid yang bermasalah.
Contoh: Lawatan ke hospital oleh Cikgu Maz Azlee dan Ustaz Zulhilmi bagi melawat pelajar tahun 3 Alza yang menerima rawatan di wad HKL.

iii) Memberi penghargaan kepada murid seperti menyambut hari lahir murid di sekolah.

Ucapan Perasmian Program oleh Guru besar, En. Sukimin b. Juki.

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan sikap sayang guru terhadap murid. Sayang bermaksud kita memberikan yang terbaik dan betul kepada orang yang kita sayang. Teguran, kawalan dan larangan dari guru adalah bentuk kasih sayang yang ditunjukkan walaupun murid kurang selesa. Murid mesti faham tujuan guru berbuat demikian adalah kerana guru sayang kepadanya.

 
Pelajar berkumpul
 

 Penerangan Objektif Program Guru Penyayang oleh Pn. Jawahir

 
 
 
Ucapan Perasmian
 

 
Perasmian Program oleh Guru besar SKDPP En. Sukimin b. Juki


10) Hal – hal lain.

Sekolah akan melancarkan tabung untuk kutipan derma bagi meringankan beban adik Mohd. Amer Irfan yang kini sedang menerima rawatan di HKL.
 
Disediakan oleh,
Pn. Anis Farhah bt. Md Isa
 

1 comment:

alfian2 said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan / Puan warga SK Desa Pinggiran Putra,

2. Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan kepada proses permohonan penempatan murid tahun 1 menggunakan sistem eSPPSEL seperti di http://apps.moe.gov.my/esppsel/, didapati bahawa SK Desa Pinggiran Putra adalah tidak tersenarai di dalam senarai sekolah yang boleh dipohon.

3. Oleh yang demikian, sukacita kerjasama tuan/puan dipohon agar dapat memberikan panduan/kaedah permohonan alternatif bagi membolehkan para ibu bapa membuat permohonan penempatan murid di SK Desa Pinggiran Putra dengan lancar.

Sekian, kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Post a Comment