Sunday 21 September 2014

Selamat Bersekolah Semula, Sukan dan Pertandingan Kalam Jamaie


Mulai esok, 22 September 2014 (Isnin) sekolah akan dibuka semula.  Minggu pertama ini merupakan minggu sibuk di SEDERAP dengan pelbagai aktiviti.  Sekolah akan mengadakan Sukan Tahunannya yang pertama pada 27 September 2014.  Sukan tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shahrum Dato Haji Mohd. Sharif yang merupakan ADUN Dengkil.  Selain sukan, sekolah akan menjadi tuan rumah kepada pertandingan Kalam Jamaie Peringat Daerah Sepang pada 24 September 2014.  Terdapat sebanyak 16 sekolah yang akan bertanding dengan setiap pasukan mengandungi 15 ahli.  Pertandingan akan berlangsung di Pusat Sumber SEDERAP dan penutup pula akan dibuat di Dewan Terbuka.

Persiapan untuk Kejihanan Sukan Sekolah kali pertama berjalan rancak dan pada minggu ini beberapa rehearsal akan dilakukan.  Terima kasih kepada semua AJK sama ada di kalangan guru mahupun ibubapa dan penjaga yang terus-terusan memberi komitmen termasuk sewaktu cuti sekolah.

Semoga Sukan Sekolah berlangsung dengan jayanya dan pasukan Kalam Jamaie sekolah dapat mengharumkan nama sekolah.

No comments:

Post a Comment