Thursday 11 September 2014

Sukantara 2014

Pelaporan Sukantara 
03.50 pm - 05.30 pm

Pada hari Rabu 10 September 2014 telah diadakan sukantara  yang melibatkan dua acara iaitu lompat jauh dan lari 100 m.  Ia disertai oleh keempat-empat rumah iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah.

En Sukimin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra turut sama turun padang untuk meninjau pelaksanaan sukantara selain memberi kata-kata perangsang kepada murid-murid. Sesungguhnya komitmen yang beliau berikan telah membantu meningkatkan mutu dan kelancaran pengurusan sukan sekolah ini. Guru-guru dan murid turut bersemangat untuk menyertai sukantara ini.  Perbincangan dan tunjuk ajar diberi untuk melancarkan perjalanan sukantara ini.

Terima kasih kepada pentadbir, guru dan murid-murid yang telah menjayakan sukantara ini. 

`MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH`

Terima Kasih.
Larian 100 m


Guru Besar berbincang dengan Pengerusi Teknik ustaz Zulhilmi

Ustaz Zulhilmi dan ustaz Shafie (praktikum IPG KPI)










En. Sukimin telah memberi penerangan mengenai sukantara kepada murid-murid. Komitmen beliau diucapkan terima kasih.

No comments:

Post a Comment