Thursday 11 September 2014

TAKLIMAT SARANA DAN PELANCARAN GERAKERJA SARANA

Taklimat dan Pelancaran Gerakerja Sarana 2014 telah diadakan pada 06.09.2014 hari Sabtu  jam 8.00 pagi di Bilik Pusat Sumber Sekolah ini. Program ini telah di rasmikan oleh Yang Berusaha Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Turut hadir di majlis ini ialah Encik Jailani bin Kadir, Pengerusi JKKKP Kg Limau Manis merangkap Naib Yang Dipertua PIBG,guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SKDPP serta ibubapa dan penjaga.

Satu majlis simbolik tanda perasmian gerakerja Sarana 2014 telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar dengan menanam pokok buah-buahan  dan dituruti oleh Naib Yang Dipertua PIBG. Maklumat ringkas turut disampaikan oleh Encik Rosdin bin Ibrahim, PK Hal Ehwal Murid, tentang agenda program pada hari tersebut. Antara lain, pihak PIBG telah menubuhkan 3 Biro utama dalam PIBG khas dibawah KSIB iaitu Kumpulan Sularelawan Ibubapa berdasarkan borang Sarana Ibubapa. Biro-biro tersebut adalah seperti Biro Akademik, Biro Hal Ehwal Murid dan Biro Kokurikulum.

Biro Akademik di pengerusikan oleh Encik Mohamad Zahri bin Samingon, Biro Hal Ewak Murid di pengerusikan oleh Puan Norhaidah Asma binti Mohd Hashim dan Biro Kokurikulum dipengerusikan oleh Puan Siti Rom binti Darman.Setiap pengerusi biro telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan tujuan dan objektif biro masing-masing dan bagaimana pihak ibubapa boleh membantu pihak sekolah di dalam ketiga-tiga bidang tersebut.Selepas majlis taklimat disampaikan, satu  sesi pebengkelan telah diadakan mengikut biro masing-masing untuk membicangkan dengan lebih lanjut peranan dan tanggungjawab biro disamping merancang program untuk meningkatkan presatasi akademik pelajar , keceriaan sekolah dan kebitaraan sekolah.

Pihak sekolah dan PIBG kususnya amat mengharapkan lebih ramai ibubapa dan penjaga mendaftarkan diri  di dalam KSIB dan melibatkan di dalam setiap biro yang diujudkan. Selain dapat mengeratkan silaturahim, komunikasi 2 hala dapat terjalin dan dapat membantu pihak sekolah berdasarkan jaringan dan rangkaian ini kelak. Majlis berakhir pada jam 1.30 petang.






No comments:

Post a Comment