Monday 8 September 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-32

Tarikh     : 8 September 2014
Hari        : Isnin
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran Guru   : 28/30
Kehadiran Guru Praktikum   : 6/6

Guru Bertugas   : (1) Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
                             (2) Pn. Noor Hayati binti Miswan
                             (3) Pn. Wan Salawati binti Wan Md. Nor
                             (4) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
                             (5) Encik Maz Azlee bin Azahari

Guru Tidak Hadir  : (1) Pn. Anis Farhah binti Md. Isa  (MC)
                                 (2) Pn. Noor Hayati binti Miswan (Cuti Separuh Gaji)


Laporan Perhimpunan
(1) Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati.
(2) Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
(3) Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah.
(4) Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
(5) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ifahayati mengenai:
5.1 Pengurusan masa semasa waktu rehat. Masih terdapat sebilangan murid yang makan dan membeli makanan apabila loceng telah berbunyi. Terdapat juga murid yang bersembang sewaktu makan.
5.2 Pemakaian baju PJ. Sebilangan murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar semasa aktiviti Pendidikan Jasmani dijalankan.
5.3 Disiplin murid. Terdapat murid yang berkuku panjang dan rambut tidak bersikat apabila datang ke sekolah. Murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
5.4 Basikal yang tiada brek. Basikal yang tiada brek akan mengundang bahaya kepada murid jika mereka mengayuh dengan laju. Oleh itu, murid dinasihatkan agar menunggang basikal yang mempunyai brek.
5.5 Beli barang di Koperasi Sekolah. Terdapat sebilangan murid yang tidak membayar barang yang telah dibeli di koperasi sekolah.
(6) Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Pn. Noor Asiah mengenai tema pada minggu ini (Bijak Sifir).
6.1 Sifir merujuk kepada subjek matematik dimana murid dikehendaki untuk menghafal sifir 2-12.
6.2 Murid dinasihatkan agar mengisi masa cuti mereka pada minggu hadapan dengan menghafal sifir kerana melalui hafalan sifirlah murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah seperti operasi darab dan bahagi dalam subjek matematik.
(7) Pn. Noor Asiah juga telah memberitahu beberapa pengumuman iaitu:
7.1 Kehadiran murid ke sekolah. Ujian Saringan Linus Matematik, B.Inggeris dan B.Melayu akan dijalankan sepanjang minggu persekolahan pada minggu ini.
7.2 Murid tidak dibenarkan berada di kawasan yang berdekatan dengan kawasan baik pulih terutamanya di kawasan pejabat.
7.3 Murid dinasihatkan agar tidak bermain pasir dan batu bata yang telah dilonggokkan berdekatan dengan parking kereta.
7.4 PSS akan ditutup selama seminggu. Oleh itu, tiada aktiviti dan program yang akan diadakan di PSS.
(8) Ucapan guru disiplin pada minggu ini oleh Pn. Rashidah mengenai:
8.1 Murid datang lewat ke sekolah. Walaupun telah diberi amaran berulang kali, masih terdapat murid yang datang lewat ke sekolah.
8.2 Memberi gelaran seperti gemuk dan besar kepada kawan akan mengundang kemarahan dan seterusnya berlaku pergaduhan di kalangan murid yang akan melibatkan ibubapa.
8.3 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas semasa rehat. Mereka dikehendaki berada di dewan terbuka selepas makan di kantin.
(9) Penganugerahan Lencana Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak yang dipengerusikan oleh Pn. Zahrulhuda.
9.1 Lencana pengakap akan dipakaikan di baju pengakap sekiranya murid menulis laporan yang lengkap.
9.2 Murid digalakkan untuk menulis laporan yang lengkap untuk mendapatkan lencana.
9.3 Guru besar telah memakaikan lencana pengakap kepada 3 orang ahli pengakap.
(10) Ucapan oleh Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki:
10.1 SEDERAP membawa maksud seiring dan sejalan.
10.2 Murid hendaklah menghormati orang dewasa. Sekiranya murid bertemu dengan orag dewasa, mereka hendaklah bersalaman dan memberi salam.
10.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada AJK pelaksana program Sarana Ibubapa. Ibubapa yang tidak hadir program tersebut, bolehlah hadiri sekolah pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.
10.4 Memo yang berkaitan dengan program dan aktiviti sekolah yang telah diedarkan kepada murid hendaklah ditampal dalam buku komunikasi agar ibubapa dapat mengetahuinya.
10.5 Sikap amanah, jujur dan mematuhi masa hendaklah dipupuk dalam diri murid.
10.6 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan bola baling perempuan yang telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan yang telah disertai.
(11) Hal-hal lain : Tiada

Bacaan doa oleh pengawas bertugas

Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah

Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas

Bacaan Ikrar Murid oleh murid-murid SEDERAP

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ifahayati

Ucapan guru disiplin pada minggu ini oleh Pn. Rashidah

Ucapan oleh Pn. Zahrulhuda utk Majlis Penganugerahan Lencana Kegemaran Pengakap Kanak-Kanak

Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar

Penganugerahan Lencana Pengakap kepada ahli pengakap yang dipakaikan oleh Guru Besar

Ucapan oleh Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki

Barisan guru yang sedang mendengar ucapan yang telah disampaikan oleh Guru Besar

Gelagat murid SEDERAP yang senyum apabila disuruh oleh Guru Besar untuk senyum.

  

            

No comments:

Post a Comment