Friday 31 October 2014

KLINIK 1 MURID 1 SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEPANG 2014


Tarikh : 27-28 Oktober 2014 (Sekolah Rendah)
              29-30 Oktober 2014 (Sekolah Menengah)
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat : SK Desa Pinggiran Putra

Pada hari Isnin hingga Khamis yang lepas, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah menganjurkan satu program 1 Murid 1 Sukan peringkat daerah Sepang di SEDERAP. Sekolah-sekolah di dalam daerah sepang telah menghantar seorang murid bagi sekolah rendah dan empat orang murid bagi sekolah menengah ke program tersebut. Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendidik murid tentang latihan serangan, mengadang dan menjaring bagi sukan permainan, Ia merangkumi banyak jenis sukan yang diajar sewaktu program itu. Bagi sekolah menengah pula, banyak diajar cara bagaimana untuk menganjurkan sesuatu pertandingan atau kejohanan. Ia bagi menolong guru-guru di sekolah mereka menganjurkan sukan tahunan dan juga acara-acara sukan yang lain. Program selama dua hari bagi sekolah rendah dan dua hari bagi sekolah menengah ini banyak memberi manfaat bukan sahaja kepada murid malah ia juga memberikan idea dan semangat kepada guru-guru yang terlibat. Secara tidak langsung guru-guru boleh mengimplentasikan modul di dalam program ini untuk dilakukan ke dalam program sekolah masing-masing pula. Diharapkan pada tahun-tahun hadapan akan diteruskan lagi program seperti ini untuk melonjakkan sukan daerah Sepang setanding dengan daerah-daerah yang lain.
Majulah sukan untuk daerah Sepang.









Antara latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid

Tuan Pegawai PPD En Norazlan menyemak kehadiran sekolah yang menyertai program 




Murid membuat model roket menggunakan surat khabar lama





Majlis perasmian penutup oleh Puan Salmah Bt Ismail GPK Kokurikulum SEDERAP


Sijil penyertaan diberikan kepada murid-murid yang menyertai

No comments:

Post a Comment