Tuesday 30 June 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SEDERAP SESI 2016

Iklan Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah SEDERAP sesi 2016
Permohonan kemasukan ke Program Pendidikan Prasekolah tahun 2016 sudah dibuka mulai               1 Jun 2015 sehingga 30 ogos 2015.

Borang permohonan boleh diambil di pejabat sekolah atau di bangunan prasekolah pada waktu dan hari bekerja atau  boleh dimuat turun terus di Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Selangor (http://jpnselangor.moe.gov.my/)


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH TAHUN 2016

Syarat-syarat bagi kemasukan murid ke prasekolah sesi 2016 adalah seperti berikut;

1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia sahaja.

2. Terbuka untuk murid-murid yang berumur 5 & 6 tahun. 
(Keutamaan diberikan untuk murid yang berumur 6 tahun)

3. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.

4. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibu bapa/penjaga dari rendah ke tinggi.

5. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang. (Prasekolah SEDERAP mempunyai 2 buah kelas prasekolah)

6. Proses pemilihan murid prasekolah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Prasekolah.

7. Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti dibawah bersama-sama dengan borang pendaftaran;

 -Salinan Sijil Kelahiran/Mykid/Sijil Anak Angkat
 -Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
 -Salinan Penyata Gaji Terkini Ibu Bapa/Penjaga
 -Salinan Sijil Nikah/Kahwin Ibu Bapa
 -Salinan bil elektrik/telefon/air
 -Sampul surat beserta setem 80 sen

8. Borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar terus ke pejabat sekolah atau terus ke bangunan prasekolah pada hari bekerja.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OGOS 2015

No comments:

Post a Comment