Wednesday, 19 October 2016

HARI SUAI KENAL MURID TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2017

Hari Suai Kenal Tahun 1/ 2017 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

TARIKH : 19 NOVEMBER 2016 (SABTU)
MASA : 7.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN DAN DEWAN SEKOLAH

Hari  Suai Kenal Tahun 1 2017  diadakan bertujuan untuk membantu murid- murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini juga diadakan bertujuan untuk menyesuaikan murid- murid dengan persekitaran, guru- guru dan kawan baru dalam jangka masa yang singkat.

Pelbagai program telah diatur sepanjang Hari Suai Kenal tersebut. 


  1. Murid- murid mendaftar di kelas yang telah ditetapkan terlebih dahulu untuk disemak dan kemaskini Fail Murid.
  2. Murid- murid masuk ke dalam kelas bersama guru kelas dan guru pembantu untuk mendengar Taklimat Umum Disiplin
  3. Murid dan seterusnya menjalani Ujian Diagnostik.bertujuan untuk menguji tahap kemahiran murid- murid seperti kemahiran asas literasi dan numerasi.

Sehubungan dengan itu semua murid Tahun 1 dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian lengkap sekolah (uniform sekolah). Para ibubapa diminta membawa dokumen berikut:
i. 4 keping gambar murid berukur passport.
ii. 1 salinan surat beranak murid dan mykid
iii. 1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa


Diharapkan  pengesahan penempatan dan segala pembayaran untuk keperluan tahun 1 telah dibuat di pejabat sekolah.

No comments:

Post a Comment