Wednesday 22 February 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 8

Tarikh : 20 Februari 2017

Hari : Isnin

Masa : 7.30 pagi hingga 8.30 pagi


Guru Bertugas :

1) Pn. Suhaizan binti Che Osman
2) Pn. Athirah binti Mustafa
3) Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
4) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
5) Pn. Nurulhanis binti Noh


Pengacara Majlis : Pn. Suhaizan binti Che Osman

Pembaca Doa : Zarif Hashimi

Pembaca Ikrar : Muhammad Amirul Hakim bin Zamri



Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Noraida binti Aziz)

1. Adab di Kantin

-  Diharap murid-murid dapat meletakkan cawan dan pinggan yang telah digunakan di dalam besen yang disediakan. Elakkan daripada membiarkan cawan dan pinggan tersebut bersepah-sepah di atas meja kerana ini turut mencerminkan sikap kita yang sebenar.

- Masih lagi terdapat sampah yag dibuang di serata kawasan. Diharapkan murid-murid lebih peka terhadap perkara ini dan mengambil langkah untuk membuang sampah di dalam tong-tong sampah yang disediakan. Perkara ini sudah kerap kali diingatkan kepada murid dan diharap murid dapat memberikan perhatian.

2. Pergerakan Murid

- Murid juga suka berlari dari satu tempat ke tempat yang lain terutamanya selepas waktu rehat iaitu semasa murid berkumpul di dataran perhimpunan atau dewan terbuka. Elakkan berlari kerana dikuatiri akan berlaku kemalangan dan kecederaan.

- Semasa berkumpul di dataran perhimpunan/ dewan terbuka murid perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkam. Elakkan daripada membuat bising dan bergurau senda bersama rakan-rakan.(bermain pasir dan membaling batu-batu kecil ke arah rakan kerana dikhuatiri akan terkena pada mata rakan).



Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1 :

1. 3 Puma - 79%
2. 3 Jaguar - 65%
3. 1 Cenderawasih 62%

Tahap 2 :

1. 6 Exora - 65%
2. 5 Amanah - 58%
3. 6 Alza - 53 %



Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah
(Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad)

Amalan Guru Penyayang dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan sikap kepedulian di kalangan guru serta menawan hati dan minda murid supaya sayangkan sekolah. Di peringkat sekolah, antara amalan yang dijalankan ialah menyambut kehadiran murid di pintu pagar, menghantar kepulangan murid di pintu pagar dan melaksanakan sambutan hari lahir murid pada setiap bulan.


Pada pelancaran ini, guru-guru serta murid-murid yang lahir pada bulan Januari telah menerima cenderahati daripada Kelab Kebajikan Guru yang telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Sukimin bin Juki.



Laporan Kokurikulum 
(Pn. Wan Anna Wahidah binti Wan Mat Tahir)

Pada 2 dan 3 Februari 2017, Kejohanan Ping Pong peringkat MSSD Sepang telah diadakan di SMK Putra Perdana. Pada kejohanan tersebut, pelajar sekolah kita Adik Muhammad Amirul Hakim bin Zamri telah berjaya merangkul Johan di mana beliau telah memenangi setiap pusingan yang disertainya. Beliau turut akan mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri pada 21 Februari 2017. Tahniah diucapkan kepada Adik Amirul Hakim.




Ucapan Pentadbir
(Pn. Salmah binti Ismail)

Hari Kantin SEDERAP

- Sekolah akan mengadakan Hari Kantin pada 25 Februari 2017, Justeru semua murid digalakaan untuk membeli kupon yang berharga RM 10 dalam menjayakan Hari Kantin tersebut. Terima kasih juga yang tak terhingga kepada semua ibu bapa atas sokongan dan kerjasama yang sangat mengalakkan dalam bersama-sama menjayakan Hari Kantin sekolah.


Murid

- Diharapkan juga murid dapat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan terutama sekali murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Semoga kita sentiasa fokus dalam mengejar kejayaan yang diimpikan.



Laporan Bergambar:

Pengaca Majlis, Pn Suhaizan binti Che Osman

Bacaan doa oleh wakil murid Adik Zharif Hashimi

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang telah dipimpin oleh Pn. Norwati

Bacaan ikrar oleh wakil murid

Laporan Guru Bertugas Mingguan yang telah disampaikan oleh Pn. Noraida





Johan Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1 - Kelas 3 Puma





Johan Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2 - Kelas 6 Exora

Pelancaran Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah







Gimik pelancaran Program Amalan Guru Penyayang

Pemberian cenderahati kepada guru yang lahir pada bulan Januari - Ustazah Salwa

Pemberian cenderahati kepada guru yang lahir pada bulan Januari - Ustaz Zulhilmi

Pemberian cenderahati kepada guru yang lahir pada bulan Januari - Ustazah Nik Asmah

Pemberian cenderahati kepada guru yang lahir pada bulan Januari - Cik Nor Afizah





Pemberian cnderahati hari lahir kepada murid yang lahir pada bulan Januari - Prasekolah


























































 Pemberian cenderahati kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari (Tahun 1- Tahun 6)


Laporan Kokurikulum oleh Pn. Wan Anna


Tahniah kepada adik Muhammad Amirul Hakim kerana telah berjaya merangkul gelaran Johan dalam Kejohanan Ping Pong Peringkat MSSD Sepang

Ucapan Pentadbir - Pn. Salmah binti Ismail







1 comment:

Blogger said...

Did you realize there's a 12 word phrase you can say to your crush... that will induce intense emotions of love and impulsive attractiveness to you buried inside his heart?

That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, worship and care for you with his entire heart...

12 Words That Fuel A Man's Love Response

This instinct is so built-in to a man's genetics that it will drive him to work better than before to take care of you.

Matter-of-fact, triggering this dominant instinct is so essential to having the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of these "Secret Signals"...

...You will immediately notice him open his mind and soul to you in such a way he's never expressed before and he'll recognize you as the only woman in the universe who has ever truly interested him.

Post a Comment