Tarikh : 27 Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi
Guru Bertugas:
1) Pn. Siti Norhazwani binti Zainol
2) Pn. Sha'azrina binti Mohd Imran
3) Pn. Noor Hayati binti Miswan
4) Pn. Wan Salawati binti W. Md Nor
5) En. Hassan Helmin bin Yaacob
Pengacara Majlis : Pn. Siti Norhazwani binti Zainol
Pembaca Doa : Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Muhammad Amirul Hakim
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad)
1. Adab di Kantin
- Ramai murid meletakkan gelas dan pinggan ke dalam besen yang telah disediakan. Plastik pembungkus makanan juga telah dibuang ke dalam tong sampah. Ini menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji dikalangan murid-murid. Ada juga beberapa orang murid yang tolong ambil gelas dan pinggan di atas meja apabila mereka ternampak dan terus meletakkannya ke dalam besen tanpa disuruh oleh guru.
2. Dewan Terbuka
- Apabila berada di dewan terbuka , murid-murid dilarang membuat bising dan perlu berada di dalam keadaan yang senyap.
3. Hari Kantin Sekolah
- Pada hari sabtu minggu lepas telah diadakan Hari Kantin Sekolah. Ramai murid yang telah hadir ke program tersebut bersama dengan ibu bapa mereka untuk memeriahkannya. Ucapan terima kasih diucapkan kerana telah sama-sama menjayakan Hari Kantin Sekolah.
Laporan Keceriaan Kelas
Tahap 1
1) 3 Jaguar - 91%
2) 3 Puma - 86%
3) 3 Cheetah - 76%
Tahap 2
1) 5 Amanah - 89%
2) 6 Exora - 86%
3) 4 Anggerik- 79%
Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)
1. Adab di dalam Majlis
- Diharap semua murid senyap apabila berada di dalam perhimpunan. Ini akan memudahkan murid-murid untuk mendengar arahan daripada guru. Apabila murid-murid hendak bergerak ke kelas, mereka hendaklah bergerak dalam keadaan senyap dan teratur terutamanya murid Tahun 1. Minggu lepas, ramai murid yang membuat bising dan bertolak-tolak dengan kawan di dalam perhimpunan.
2. Buli
- Bermaksud gangguan secara lisan, mental dan fizikal kepada seseorang. Murid-murid dilarang sama sekali mengejek kawan-kawan kerana perbuatan tersebut akan mengganggu emosi mereka untuk belajar dan sebagainya. Kita hendaklah sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada kawan-kawan supaya dapat menangani masalah buli di sekolah.
3. Kutip Sampah
- Apabila ternampak sampah di hadapan kita, kita hendaklah tolong kutip dan buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Tidak perlu tunggu guru untuk menyuruhnya. Bermula pada minggu hadapan akan diadakan Anugerah Kemas.
Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)
1. Hari Kantin Sekolah
- Pada hari sabtu minggu lepas, telah berlangsung Hari Kantin Sekolah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah menjayakan Hari Kantin tersebut. Guru Besar juga telah memberitahu bahawa terdapat telefon yang hilang pada Hari Kantin tersebut.Sesiapa yang ada kehilangan telefon boleh berjumpa dengan mana-mana guru bertugas.
2. Intensif Tinggi
- Guru dan murid perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris akan merancang aktiviti untuk melaksanakan program tersebut. Sebagai permulaan, pengucapan Bahasa Inggeris hendaklah dimulai oleh guru yang bertugas. Program tersebut adalah di bawah pelaksanaan Pn. Nik Suhaila. Murid-murid akan dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Juga, murid-murid dapat menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, terdapat juga program lain yang akan melibatkan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Bagi murid tahun 6, peperiksaan pertama akan bermula pada 10 Mac.
Pengacara Majlis, Pn. Siti Norhazwani |
Bacaan Doa oleh wakil murid, Adik Alif Firhan |
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati |
Bacaan Ikrar oleh wakil murid, Adik Muhammad Amirul Hakim |
Laporan Guru Bertugas Mingguan yang disampaikan oleh Pn. Nik Suhaila |
Johan Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 1 - Kelas 3 Jaguar |
Johan Pertandingan Keceriaan Kelas Tahap 2 - Kelas 5 Amanah |
Ucapan Pentadbir - Encik Sukimin bin Juki |
1 comment:
If you're trying hard to lose pounds then you certainly need to start using this brand new tailor-made keto plan.
To create this keto diet, licenced nutritionists, personal trainers, and professional chefs have united to provide keto meal plans that are powerful, decent, money-efficient, and fun.
Since their first launch in 2019, thousands of people have already remodeled their body and well-being with the benefits a good keto plan can give.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones given by the keto plan.
Post a Comment