Thursday 9 March 2017

AJK PIBG 2017/2018

Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra Kali Ke-4 akan diadakan pada 12 Mac 2017. Berikut ialah Jadual Senarai AJK PIBG SEDERAP 2017/2018 yang akan dipaparkan secara terus sewaktu berlangsungnya pemilihan tersebut dijangka pada pukul 4 petang hari Ahad nanti.

Berikut ialah beberapa cabutan dari perlembagaan PIBG untuk pengetahuan bersama.

Keanggotaan Keahlian.

5. Anggota Persatuan terdiri daripada:
    (a) Semua guru di Sekolah;
    (b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah; dan
    (c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

6. Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
 




Jawatankuasa Persatuan

7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja.
9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut :
    (a) Seorang Yang Di Pertua
    (b) Seorang Naib Yang Di Pertua
    (c) Seorang Setiausaha
    (d) Seorang Bendahari; dan
    (e) 10 orang Ahli.
10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah seboleh-bolehnya seimbang.

13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.
14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Mesyuarat Agung Tahunan
27. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut :

    (a) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat.
    (b) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
  (c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

1 comment:

Blogger said...

Did you realize there's a 12 word sentence you can speak to your crush... that will trigger intense emotions of love and instinctual appeal to you buried within his heart?

That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, admire and protect you with his entire heart...

===> 12 Words Who Trigger A Man's Love Response

This impulse is so built-in to a man's brain that it will drive him to try harder than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.

Matter of fact, fueling this all-powerful impulse is so mandatory to getting the best ever relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...

...You will immediately find him expose his mind and heart to you in such a way he haven't expressed before and he'll distinguish you as the only woman in the universe who has ever truly tempted him.

Post a Comment