Permohonan kemasukan untuk murid Prasekolah bagi ambilan tahun 2018 telah dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 31 Mei 2017. Terdapat dua cara bagi mengisi permohonan kemasukan ke Prasekolah iaitu secara Online dan Manual.
Secara Online
a) Bagi permohonan secara Online boleh dibuat menerusi laman sesawang ini.
https://eprasekolah.moe.gov.my/
b) Tempoh permohonan menerusi aplikasi ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.
c) Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan menghantarnya ke sekolah beserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2017.
Secara Manual
a) Bagi permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2017 hingga 31 Mei 2017.
b) Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Sekolah.
c) Isikan dengan lengkap dan hantar semula ke sekolah beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.
Dokumen berkaitan yang perlu diserahkan beserta borang permohonan kemasukan ke Prasekolah :
1) Salinan Mykid
2) Salinan Surat Beranak
3) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa
4) Salinan Surat Nikah / Cerai
5) Salinan Slip Gaji ibu dan bapa
6) Pengesahan pendapatan (Bagi ibu / bapa yang tiada slip gaji)
7) Bil utiliti
8) Sampul surat (bersetem dan beralamat sendiri)
Kesemua dokumen yang disenaraikan ini perlu DISAHKAN terlebih dahulu.
1 comment:
Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours
Well over 160000 women and men are losing weight with a easy and secret "liquids hack" to drop 1-2lbs each night as they sleep.
It is effective and it works all the time.
Here's how you can do it yourself:
1) Get a drinking glass and fill it up with water half the way
2) Then follow this awesome HACK
and you'll become 1-2lbs lighter when you wake up!
Post a Comment