Wednesday 1 March 2017



1. Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka mulai 1 Mac 2017. 

2. Permohonan dan pendaftaran murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 boleh dibuat menerusi sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
                              
                                                sila layari : https://public.moe.gov.my/ 

3. Tahun Kelahiran bagi  Sesi Persekolahan Kemasukan Tahun 2018 ialah  Kanak­- kanak yang lahir pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012. Kemasukan Tahun 2019 pula ialah  Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 

4.Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

5. Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti berikut ; dokumen yang diperlukan  
        1. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan) 
        2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua­dua ibu bapa) 
        3. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan) 
        4. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli 
        5.  Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00 
        6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)



1 comment:

Blogger said...

If you're looking to lose pounds then you need to try this brand new custom keto plan.

To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness couches, and professional chefs have united to produce keto meal plans that are powerful, suitable, economically-efficient, and enjoyable.

From their first launch in 2019, 100's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a proper keto plan can offer.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover eight scientifically-proven ones given by the keto plan.

Post a Comment