Monday 29 January 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-5


Tarikh                          : 29 Januari 2018 ((Isnin)
Masa                            : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Tempat                         : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Guru Bertugas            : En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
                                        Pn. Noor Hayati binti Miswan
                                        Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
                                        Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
                                        Pn. Nurulhanis binti Noh

Laporan Perhimpunan

  •  Nyanyian 3 buah lagu – Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Norwati
  •   Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
  •  Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Afiah binti Kaharuddin


Laporan Guru Bertugas oleh Pn Nurul Ruhamaak binti Ab Rahman

1. Keselamtan Diri dan Orang Di Sekeliling
  • Murid diingatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri masing-masing. Pada minggu lepas, terdapat murid yang melakukan tindakan yang amat membahayakan diri mereka di  mana mereka telah meletakkan kerusi di koridor, berdiri di atas kerusi sambil menjenguk ke bawah. Elakkan untuk mengulangi perbuatan ini terutama mereka yang berada di aras 2 dan 3 kerana perbuatan ini bukan sahaja membahayakn diri sendiri tetapi turut membahyakan orang di sekeliling. Murid juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan.
2. Kebersihan
  • Murid turut diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah termasuk tapak perhimpunan dan di dewan terbuka. Sampah sisa makanan dan minuman perlulah di buang di dalam tong sampah yang telah disediakan. 


Ucapan Pentadbir oleh Pn. Salmah binti Ismail (PK Kokurikulum)

  • Murid perlu lebih bersemangat semasa menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. Bendera Malaysia yang bergantung di tiang perlulah dinaikkan setiap kali Lagu Negaraku dinyanyikan sambil murid memandang ke arah bendera tersebut. 
  • Murid diingatkan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri. Murid yang tidak sihat hendaklah memaklumkan pada ibu bapa dan mendapatkan rawatan di klinik.
  • Hargai dan manfaatkan sepenuhnya duit belanja yang diberikan oleh ibu dan ayah. Pastikan murid membeli makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan. Elakkan daripada membeli makanan yang tidak berkhasiat yang akan sedikit sebanyak membuatkan murid menjadi tidak semangat untuk belajar.
  • Sekalung tahniah juga untuk pasukan badminton sekolah kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga beregu untuk pasukan perempuan.
  • Jika terdapat murid yang berbakat dalam sukan-sukan yang berkaitan contohnya memanah atau renang, boleh maklumkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah akan ketengahkan murid dengan menggilap dan mengembangkan bakat yang ada.
  • Murid tahap 2( tahun 4,5, dan 6) perlu mengambil berat tentang Buku PAJSK ( Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum). Setiap murid tahap 2 perlu memastikan mereka memiliki buku ini kerana buku ini sangat penting sebagai sokongan untuk masuk ke sekolah berasarama penuh kelak. Kehadiran pada setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu juga sangat penting dan akan direkodkan dalam buku ini. Murid di tahun 4 dan 5 perlu menjaga rekod kehadiran mereka kerana markah kokurikulum anda di tahun 6 turut akan mempengaruhi jika murid kerap tidak hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan.
  • Kebersihan kelas- Murid menjaga kebersihan kelas dengan baik. Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah. Elakkan membuang sisa makanan di dalam tong sampah yang terdapat di dalam kelas kerana ini boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Hal-hal Lain (Ustaz Zulhilmi)

Pada 25 - 26/1/2018 telah berlangsung Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang 2018 (bawah 12 tahun) di SJK (C) Sin Ming, Puchong. SEDERAP turut menghantar wakil murid dalam kejohanan tersebut dan  Nur Aireen Farisha dan Nur Athirah Farisha telah berjaya menyandang tempat ketiga acara beregu (perempuan). 


Gambar: 
Bacaan Doa oleh Adik Irsyaduddin

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Mohd Azizun

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Afiah

Laporan Guru Bertugas Mingguan - Pn. Nurul Ruhamaak binti Ab Rahman

Tempat Ketiga Beregu (Perempuan) - Badminton MSSD Bawah 12 tahun

Ucapan Pentadbir - Pn Salmah binti Ismail (PK Kokurikulum)




1 comment:

Blogger said...

According to Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason women in this country get to live 10 years more and weigh 19 kilos lighter than us.

(And realistically, it is not related to genetics or some secret-exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they eat.)

BTW, I said "HOW", not "what"...

Tap this link to determine if this short questionnaire can help you unlock your real weight loss potential

Post a Comment