Monday 26 March 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11

Tarikh                          : 26 Mac 2018 ((Isnin)

Masa                            : 7:40 pagi – 8:10 pagi
Tempat                         : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Guru Bertugas            Pn. Noor Hayati binti Miswan
                                        En. Mohd Azizun Sauri bin Aziz
                                        Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
                                        Pn. Nurulhanis binti Noh
                                        Cik Ili Syahirah binti Abd Ghani

Laporan Perhimpunan

  •  Nyanyian 3 buah lagu – Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn Norwati
  •   Bacaan Doa oleh wakil pengawas : Adik Muhammad Irsyaduddin
  •  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Hayati  binti Miswan
  •  Bacaan Ikrar murid oleh wakil pengawas : Adik Imran Khir


Laporan Guru Bertugas oleh YM Tg Fairus binti Raja Hassan
  • Elakkan sikap ejek mengejek sesama rakan. Perbuatan ini bukan sahaja tidak elok diamalkan tetapi juga boleh menimbulkan pergaduhan serta boleh mengguris hati dan perasaan rakan yang diejek.
  • Laluan bilik guru tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh murid. Hanya dua orang murid dibenarkan masuk ke bilik guru untuk sesuatu urusan sahaja.
  • Murid diingatkan supaya dapat membudayakan ucapan salam, bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelawat-pelawat yang datang ke sekolah.

Hal-hal Lain

1. Kejohanan Sukan Pelayaran MSSM 2018
Pada 19 Mac hingga 24 Mac 2018, Adik Muhammad Shahid Hakimi bin Mohd Faizal telah mewakili Negeri Selangor dalam Kejohanan Pelayaran MSSM yang telah berlangsung di Langkawi, Kedah. Dalam kejohanan tersebut, Adik Shahid telah berjaya merangkul Naib Johan dalam Acara Individu Optimist bawah 12 tahun (lelaki) serta tempat keempat dalam Acara Penaja Optimist peringkat bawah 12 tahun. Sekalung tahniah diucapkan kepada Adik Shahid.

2. Perasmian Hari Nilam 1 Selangor (Pn. Athirah binti Mustafa)
Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor merupakan hari istimewa saban tahun yang disambut sebagai sebuah platform untuk menyemai penghayatan budaya membaca di kalangan murid. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat dalam memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid prasekolah dan tahun 1. 

- Ucapan Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra,
En. Sukimin bin Juki
  • Program membaca telah diadun dan disusun dengan baik untuk murid sepanjang persekolahan.
  • Antara program yang dilaksanakan ialah program 1+1= 100. 
  • Selain daripada program tersebut, pelbagai program berkaitan turut diadakan untuk menyemai budaya membaca di kalangan murid-murid.
  • Setiap murid perlu memiliki Buku Nilam yang boleh dibeli dan diperolehi dari kedai buku sekolah.
  • Anugerah Tokoh Nilam  akan diberikan pada Hari Anugerah Kecemerlangan kepada murid yang berjaya memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Pusat Sumber perlu dijaga dengan baik. guru-guru perlu membimbing dan memantau murid semasa berada di pusat sumber.
  • Pastikan murid-murid mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan seperti menyusun semula buku di tempat yang sepatutnya dan elakkan membuat bising semasa berada di pusat sumber.
  • Semua guru dan murid haruslah menghargai dan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
  • Dengan lafaz bismilahirahmanirrahim, guru besar merasmikan Hari Nilam 1 Selangor.

Gambar:

Bacaan doa oleh Adik Irsyaduddin Hafiy
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dibimbing oleh Pn. Noor Hayati Miswan

Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Imran Khir


Jaguh Perahu Layar, Adik Muhammad Shahid bin Mohd Faizal
Tahniah diucapkan kepada Adik Shahid kerana telah mengharumkan nama Negeri Selangor
Program Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Pn. Athirah binti Mustafa

Ucapan Perasmian Hari Nilam 1 Selangor oleh Guru Besar,  En. Sukimin bin Juki


Gimik Pelancaran HaN1S









1 comment:

Blogger said...

As stated by Stanford Medical, It is in fact the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh 42 pounds less than we do.

(And realistically, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING to do with "how" they eat.)

BTW, What I said is "HOW", and not "what"...

TAP this link to see if this little questionnaire can help you unlock your real weight loss potential

Post a Comment