Thursday 1 March 2018

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH SEDERAP BAGI SESI 2019

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak berumur Enam (6) tahun pada tahun 2019, sila ambil perhatian:

1. Syarat kelayakan untuk memohon ke Prasekolah :

a) Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja

2. Permohonan kemasukan untuk murid Prasekolah bagi ambilan tahun 2019 telah dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 31 Mei 2018. Terdapat dua cara bagi mengisi permohonan kemasukan ke Prasekolah iaitu secara Online dan Manual.

Secara Online

a) Bagi permohonan secara Online boleh dibuat menerusi laman sesawang  ini.

https://eprasekolah.moe.gov.my/   

b) Tempoh permohonan menerusi aplikasi ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018.

c) Pemohon perlu mencetak borang permohonan dan menghantarnya ke sekolah beserta dokumen berkaitan sebelum 31 Mei 2018.

Secara Manual

a) Bagi permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018.

b) Borang permohonan boleh diambil di Pejabat Sekolah.

c) Isikan dengan lengkap dan hantar semula ke sekolah beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.


Dokumen berkaitan yang perlu diserahkan beserta borang permohonan kemasukan ke Prasekolah :

1) Salinan Mykid 
2) Salinan Surat Beranak 
3) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa 
4) Salinan Surat Nikah / Cerai
5) Salinan Slip Gaji ibu dan bapa 
6) Pengesahan pendapatan (Bagi ibu / bapa yang tiada slip gaji) 
7) Bil utiliti
8) Sampul surat (bersetem dan beralamat sendiri)

Kesemua dokumen yang disenaraikan ini perlu DISAHKAN terlebih dahulu. 



1 comment:

Blogger said...

As reported by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years more and weigh on average 42 pounds lighter than us.

(Just so you know, it has absoloutely NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING to about "how" they are eating.)

P.S, I said "HOW", and not "what"...

TAP this link to uncover if this brief test can help you unlock your real weight loss possibility

Post a Comment