Friday 2 March 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 SESI 2018/2019


Tarikh : 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SK Desa Pinggiran Putra

Syukur Alhamdulillah dengan berkat izinNya, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5 bagi sesi 2018/2019 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama pelbagai pihak. Seawal jam 8.00 pagi kaunter pendaftaran telah menerima kunjungan para ibu bapa yang hadir bagi memberikan komitmen dan menyumbang idea dalam sesi mesyuarat yang akan berlangsung.

Mesyuarat terlebih dahulu diselitkan dengan taklimat berkaitan dengan Frog VLE yang telah disampaikan oleh wakil Syarikat UniCLIQ, En. Iswadi bin Ismail. Seterusnya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5 telah dimulakan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG SK Desa Pinggiran Putra, En. Faizul Akman bin Kamaruzaman dan disusuli dengan ucapan Penasihat PIBG, En. Sukimin bin Juki.

Seterusnya, En. Faizul Akman telah mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2018 yang telah  dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-4/2017. Pn. Nur Izzati selaku Setiausaha Kehormat telah membentangkan  Laporan Aktiviti Sesi 2017/2018 disusuli dengan Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari Kehormat, Pn. Wan Anna Wahidah.

Selesai sesi pembahasan usul, agenda diteruskan dengan pembubaran AJK PIBG Sesi 2017/2018 dan pemilihan dan pelantikan AJK yang baharu bagi sesi 2018/2019. Sesi pemilihan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua ibu bapa yang hadir.

Mesyuarat yang telah dirasmikan oleh Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Noorazli bin Said, menerima kehadiran ibu bapa yang amat menggalakkan. Mesyuarat turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah 4 buah basikal yang telah disumbangkan oleh kedai buku sekolah.

Terdapat pelbagai gerai jualan minuman, makanan dan pakaian yang dibuka di dataran terbuka SK Desa Pinggiran Putra sepanjang mesyuarat dijalankan. Di samping itu, 'petting zoo' dan permainan 'water slide' turut menarik minat anak-anak untuk hadir memeriahkan  hari tersebut.






Kaunter pendaftaran dikunjungi oleh ibu bapa seawal jam 8.00 pagi
Pendaftaran ibu bapa di lobi sekolah


Ucapan Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra selaku Penasihat PIBG, En. Sukimin bin Juki

YDP PIBG, En. Faizul Akman bin Kamaruzaman mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG 2018

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-4 
Kehadiran ibu bapa yang amat menggalakkan

Ucapan Perasmi oleh Tuan Haji Noorazli bin Said, Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia





Penyampaian Sijil dan Cenderamata Kepada AJK PIBG sesi 2017/2018


Tahniah kepada jentera baharu sesi 2018/2019




Antara yang bertuah yang telah membawa pulang basikal masing-masing





Kanak-kanak tertarik dengan Petting Zoo




'Water sliding' turut mendapat sambutan daripada kanak-kanak dan murid

Pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung

Bermain dengan arnab






Pelbagai gerai yang menarik  di dewan terbuka

1 comment:

Blogger said...

In this manner my buddy Wesley Virgin's story begins with this shocking and controversial video.

As a matter of fact, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he revealed hidden, "self mind control" secrets that the government and others used to obtain anything they want.

These are the exact same secrets tons of famous people (especially those who "became famous out of nothing") and top business people used to become wealthy and famous.

You probably know that you only use 10% of your brain.

That's because most of your brainpower is UNTAPPED.

Maybe that conversation has even occurred IN YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head around 7 years back, while riding a non-registered, beat-up trash bucket of a car without a license and with $3.20 in his pocket.

"I'm absolutely frustrated with going through life check to check! Why can't I turn myself successful?"

You've been a part of those those types of thoughts, isn't it right?

Your own success story is waiting to happen. All you have to do is in YOURSELF.

Learn How To Become A MILLIONAIRE Fast

Post a Comment