Thursday, 9 March 2017

AJK PIBG 2017/2018

Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra Kali Ke-4 akan diadakan pada 12 Mac 2017. Berikut ialah Jadual Senarai AJK PIBG SEDERAP 2017/2018 yang akan dipaparkan secara terus sewaktu berlangsungnya pemilihan tersebut dijangka pada pukul 4 petang hari Ahad nanti.

Berikut ialah beberapa cabutan dari perlembagaan PIBG untuk pengetahuan bersama.

Keanggotaan Keahlian.

5. Anggota Persatuan terdiri daripada:
    (a) Semua guru di Sekolah;
    (b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah; dan
    (c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A); dan

6. Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
 




Jawatankuasa Persatuan

7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja.
9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut :
    (a) Seorang Yang Di Pertua
    (b) Seorang Naib Yang Di Pertua
    (c) Seorang Setiausaha
    (d) Seorang Bendahari; dan
    (e) 10 orang Ahli.
10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah seboleh-bolehnya seimbang.

13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di sekolah tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.
14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

Mesyuarat Agung Tahunan
27. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut :

    (a) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat.
    (b) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
  (c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

Tuesday, 7 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA PINGGIRAN PUTRA KALI KE-4


Sempena mesyuarat agong PIBG beberapa acara menarik bakal diadakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Antaranya;

🔴 AKTIVITI2 MENARIK

🍰 Gerai Jualan
⛹ Pelbagai games menarik
🥕 Jualan barang basah keluaran FAMA
🎁 Cabutan bertuah
♺  Pelancaran Kempen Kitar Semula_


🔴 Harapan pihak sekolah dan AJK PIBG.

📌 meningkatkan atau setidaknya  mengekalkan REKOD KEHADIRAN MESYUARAT PIBG PADA TAHUN LEPAS MENCAPAI 95% DAN TELAH MENDUDUKI TEMPAT TERATAS DALAM DAERAH SEPANG.

📌 PENCAPAIAN TERSEBUT HANYA DAPAT DIKEKALKAN DENGAN KERJASAMA DARI SEMUA IBU BAPA UNTUK SAMA2 HADIR DALAM MESYUARAT KALI INI.

📌 PARA IBU BAPA DIHARAPKAN DATANG AWAL BAGI MELANCARKAN PERJALANAN MESYUARAT TERSEBUT 


SEKIAN, TERIMA KASIH

MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Dato' / Datin / Tuan / Puan
Ibu bapa dan Penjaga Murid 
SK Desa Pinggiran Putra

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK DESA PINGGIRAN PUTRA KALI KE-4

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2.         Berhubung perkata di atas, pihak sekolah dan AJK PIBG menjemput YB Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Desa Pinggiran Putra  yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh   : 12 Mac 2017Hari       : AhadMasa     : 1.45 petangTempat : Dewan Ibnu Sinna SEDERAPPerasmi: YB Tan Seri Dato' Hj Noh Omar                Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan                            Kerajaan Tempatan

3.         Sehubungan dengan itu dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid hadir bagi kepentingan pendidikan anak-anak kita. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat, marilah kita bersama-sama  berganding bahu untuk kecemerlangan SEDERAP. Kehadiran YB Dato'/Datin/ Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Monday, 6 March 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-10


Tarikh : 6 Mac  2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.10 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Nor Herda Irdiawati binti Basiran
2) Pn. Syajaratuddur binti Mahamod
3) Pn. Nurul Ruhamaak binti Ab Rahman
4) Cik Salwa binti Mohd Hadi

Pengacara Majlis : Pn. Nor Herda Irdiawati binti Basiran
Pembaca Doa : Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Muhammad Amirul Hakim

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

(Pn. Sha’azrina binti Mohd Imran)

1. Adab di Kantin

- Kebanyakkan murid meletakkan gelas dan pinggan ke dalam besen yang telah disediakan. Plastik pembungkus makanan juga telah dibuang ke dalam tong sampah. Ini menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji yang telah diamalkan oleh murid-murid.

2. Larangan memakai barang kemas ke sekolah

- Murid-murid dinasihatkan supaya tidak memakai dan membawa barang kemas ke sekolah kerana bimbang akan timbul masalah lain dan tidak perlu berhias secara melampau ke sekolah.

3. Kurangkan membeli minuman manis terutama air tin

-Murid-murid digalakkan menjaga kesihatan diri dengan tidak meminum minuman manis sahaja tetapi dinasihatkan juga minum air kosong lebih kerap kerana cuaca panas sekarang.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1) 3 Jaguar - 80%
2) 3 Puma - 79%
3) 3 Cheetah - 78%

Tahap 2

1) 5 Amanah - 83%
2) 6 Exora - 82%
3) 4 Anggerik- 81%



Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Larangan membawa permainan ke sekolah


- Murid-murid dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang permainan ke sekolah  dan sebarang permainan akan dirampas jika ditemui.

2. Jaga Kekemasan diri


- Murid-murid diminta memotong kuku dan rambut dipotong pendek bagi murid lelaki  serta memakai lencana dan tanda nama sebagai persediaan sebelum  'spotcheck' akan dijalankan.

3. Jaga disiplin dan adab


-Semua murid dinasihatkan supaya jaga adab dan disiplin masing-masing semasa berada di tapak perhimpunan dan dewan terbuka supaya segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

          Perhimpunan pagi ini diakhiri dengan ucapan pentadbir iaitu Encik Rosdin bin Ibrahim. Sekian, terima kasih.



Pengacara Majlis, Pn Nor Herda


Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati


Bacaan Ikrar

Laporan Guru Bertugas Mingguan yang disampaikan oleh Pn. Sha’azrina



Laporan Disiplin oleh Ustazah Salwa 



Johan Keceriaan Kelas Tahap 1 : 3 Jaguar       



         


Johan Keceriaan Kelas Tahap 2: 5 Amanah



Ucapan Pentadbir, Encik Rosdin bin Ibrahim

Sunday, 5 March 2017

HARI KANTIN 2017

Tarikh   :       25 Februari 2017
Hari      :        Sabtu
Masa    :        08.00 pagi - 04.00 petang
Tempat :        SK Desa Pingiran Putra

Buat julung kalinya Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa (PIBG) telah berjaya mengadakan Hari Kantin pada 25 Februari 2017. Program ini telah mendapat sokongan padu dari Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra yang telah menyumbangkan khemah dan dibantu oleh Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sekolah,FAMA Selangor dan ADUN Dengkil.
Ia merupakan satu program yang berjaya menggabungkan sekolah, komuniti dan agensi luar. Di samping mencari dana PIBG, program ini berjaya memupuk kerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.




Sebelum hari kantin dilaksanakan pelbagai persiapan dibuat. Ibu bapa memberi sumbangan bahan melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa melalui kelas anak masing-masing. Sumbangan-sumbangan terus dicari samada dari kilang-kilang atau agensi swasta. Pihak Floria Putrajaya telah menyumbang pokok-pokok bunga, Persatuan Penduduk Fasa 1 Taman Desa Pinggiran Putra telah menyumbangkan enam buah khemah dan tenaga bantu serta kerjasama dari DOMINOS. Terima kasih tidak terhingga kepada FAMA Selayang yang telah menjadi penaja utama dengan bertemakan makan buah-buahan tempatan. Ini adalah satu perkara yang amat membanggakan kerana di samping menyumbang buah-buahan sebanyak 600 `cup`, pihak FAMA juga telah mengadakan beberapa aktiviti dan permainan sepanjang hari kantin ini.


Sepakat membawa Berkat
En Johan (PIBG), En Rosli (PPD), En Sukimin (SKDPP) En Mustafa (FAMA), Pn. Aaida (FAMA)

Gimik Pelancaran Memotong Buah Tembikai
 disempurkan oleh En Rosli bin Badri
Penolong Pegawai PPD dan juga Pegawai SERANTA SKDPP

Program Hari Kantin juga mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba Putrajaya yang telah memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat lagi tugas sebagai seorang anggota bomba. Di samping berpeluang menaiki lori bomba, orang rami juga berpeluang mengabdikan kenangan dengan bergambar di sisi motorsikal bomba.

Tidak ketinggalan juga penglibatan dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. yang mengadakan pameran yang berkaitan dengan narkotik. Orang ramai berluang mendapat pengetahuan melalui pameran yang disediakan dan temu bual dengan anggota polis.



                                           SEKITAR PELAKSANAAN HARI KANTIN





Jualan Gerai makanan dan minuman


Permainan Kerusi Berirama

Gerai Minuman turut dibantu oleh Persatuan Penduduk

Hadiah kemuncak hari kantin - 3 buah basikal sumbangan ADUN Dengkil (Tuan Shahrum bin Mohd Shariff)
                                    



Bila tirai dilabuhkan pada jam 4.00 petang, maka tamatlah hari kantin SEDERAP 2017. Walaupun julung kali diadakan, aktiviti ini telah mampu menarik perhatian bukan sahaja komuniti setempat bahkan orang luar. Begitu juga kepada FAMA yang  memberi sepenuh kepercayaan untuk sama-sama melaksanakan hari kantin ini. Gabungan agensi kerajaan dan swasta serta persatuan penduduk dalam menjayakan hari kantin telah berjaya mencipta sejarah sekolah. Walaupun baru bertatih namun bukan alasan untuk mencuba. Terima kasih buat semua

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra

Wednesday, 1 March 2017

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM

Tarikh                    : 01 Mac  2017
Hari                        : Rabu
Masa                      : 2.30-4.30 petang
Perjumpaan           : Persatuan Badan Beruniform  Bil 04/2017

BIL
UNIT KOKO
TEMPAT
AKTIVITI
KEHADIRAN
Guru
Murid
1
Pergerakan Puteri  Islam

Kantin

Membuat Sandwich

09/10
50/51
2

Pengakap

PSS
Bacaan doa
Bacaan Ikrar
Undang-undang pengakap

8/9
53 /61
3
Tunas Kadet Remaja

Kantin
Bacaan ikrar
Perbarisan
Info TKRS
Kolah logo TKRS
8/8
71/71
4
Pandu Puteri Tunas
Dewan Terbuka
Bacaan doa
Bacaan ikrar
Nyanyian Lagu PPT
Ikatan dan Simpulan

6/9
39/43

Jumlah Kehadiran                            : 213      
Jumlah Kehadiran Sepatutnya          : 226      
Peratus Kehadiran                          : 94.24%              



Kehadiran Program 1 Sekolah 1 Silat : 40/46




RUMUSAN
Aktiviti Persatuan Unit Beruniform ini dapat dilaksanakan dengan baik. Kehadiran murid menurun sedikit kepada 94.24%. Turut diadakan juga Program Kepimpinan untuk para pengawas, PSS penolong dan ketua kelas serta PRS. Program 1 Sekolah 1 Silat mulai jam 4.30 petang hingga 5.30 petang

Disediakan oleh
Salmah binti Ismail
Pen. Kanan Kokurikulum


1. Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka mulai 1 Mac 2017. 

2. Permohonan dan pendaftaran murid ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 boleh dibuat menerusi sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 
                              
                                                sila layari : https://public.moe.gov.my/ 

3. Tahun Kelahiran bagi  Sesi Persekolahan Kemasukan Tahun 2018 ialah  Kanak­- kanak yang lahir pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012. Kemasukan Tahun 2019 pula ialah  Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013 

4.Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

5. Sila bawa bersama dokumen berkaitan seperti berikut ; dokumen yang diperlukan  
        1. Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan) 
        2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua­dua ibu bapa) 
        3. Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan) 
        4. (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli 
        5.  Sampul surat bersaiz 6" x 9" dan setem berharga RM1.00 
        6. Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)



LAPORAN MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR



LAPORAN KEJOHANAN AKUATIK

Tempat             : Pusat Akuatik Shah Alam, Selangor
Guru Pengiring : Pn Atirah binti Mustafa
Peserta             : Muhammad Al-Luqman bin Mohamed (5 Amanah)

Tarikh              : 15 -17 Feb 2017

PERTANDINGAN PERAHU LAYAR

PESERTA : MUHAMAD SHAHID HAKIMI BIN MOHD FAIZAL – 4 ANGGERIK
Tarikh : 21 – 23 Feb 2017

KEPUTUSAN
Tempat Kedua bagi Kategori 10 tahun.
Tempat :  Batu Laut Banting , Selangor

Aksi berani di tengah laut Batu Laut Banting
Membanggakan sekolah
Mengharung gelombang dan ombak bagi membawa nama sekolah di persada MSSN


Tahniah-mendapat tempat kedua bagi kategori 10 tahun

 Menerima hadiah kemenangan
Bersama guru pengiring - En Hazim bin Harun


KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Tarikh                          : 21 Februari 2017
Peserta                        : Muhamad Amirul Hakim bin
Guru Pengiring            : Pn Wan Anna Wahidah binti Wan. Mat Tahir

Pencapaian      
           
Pertandingan
Pencapaian
Catatan
Kategori Terbuka
Kalah pusingan pertama
Kalah
Kategori kaum bukan cina
Kalah pusingan 1
Kalah
Kategori kaum bukan cina
Kalah pusingan 3
Kalah
           
Sedang beraksi pertandingan p.pong di peringkat negeri


Tahniah kepada gru pengiring dan jurulatih. Semoga akan lebih cemerlang sukan dan permainan pada tahun 2018.

Disediakan oleh

SALMAH ISMAIL
PK Kokurikulum