Wednesday, 29 April 2015

Konvensyen Kelab Doktor Muda & Kempen Cara Hidup Sihat

Hari ini, 29 April 2015 (Rabu) berlangsunglah Konvensyen Kelab Doktor Muda & Kempen Cara Hidup Sihat Daerah Sepang di SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP).  

Majlis bermula dengan acara senamrobik di Dataran Perhimpunan yang dikendalikan oleh fitness instructor dari Kemeneterian Belia dan Sukan En Affizan Kusaini.

Dewan Ibnu Sina SEDERAP sedia menanti kehadiran semua peserta, tetamu dan petugas


Fizan Kusaini dari Pejabat Belia dan Sukan Sepang

Murid seronok bersenamrobik
Pendaftaran

Tuesday, 28 April 2015

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM THE CHAMPION STUDY GROUP DI RUMAH

TARIKH:27 APRIL 2015
HARI     :Isnin
MASA    :8.30 malam hingga10.00 malam


kumpulan 1,kumpulan 4 dan kumpulan 7 bergabung untuk study group di rumah Nurin Zarifah bt Mohd Hafidz kelas 6 UPM



Ketua kumpulan 1 Aini Anisa bt Hashim sedang memberi tunjuk ajar kepada ahli kumpulan 1,4 dan 7.


Kumpulan 1, 4 dan 7 sedang berbincang sesama mereka




Murid lelaki kumpulan 1,4 dan 7 solat berjemaah sebelum menyambung semula aktiviti study group


kumpulan 5 yang diketuai oleh Putri Anis Sofea bt Mohamad Zaidi sedang berbincang dalam study group di rumah ketua kumpulan 5

PROGRAM 'THE CHAMPION' UPSR 2015

LATAR BELAKANG PROGRAM THE CHAMPION

Program The Champion ini merupakan satu program yang diilham rasa oleh Pengarah JPN Selangor dalam usaha untuk sekolah membuat lonjakan saujana dalam peperiksaan UPSR 2015.  Sehubungan itu, semua sekolah rendah di Negeri Selangor dikehendaki melaksanakan program seperti yang telah ditaklimatkan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Selangor dalam majlis pelancaran tersebut.  Memandangkan Program The Champion JPN Selangor seiring dengan Program Anjakan Terbilang Akademik Sepang (PANTAS) maka Unit Pengurusan Akademik PPD Sepang mengambil keputusan untuk menggabungkan kedua-dua program tersebut. Aktiviti program The Champion ini akan menumpukan kepada peningkatan kualiti (semua 'A').

OBJEKTIF

  1. Menghasilkan lonjakan saujana dalam peningkatan akademik UPSR 2015 negeri Selangor
  2. Sebagai salah satu daripada pelan taktikal dalam program PANTAS.

PELAKSANAAN PROGRAM THE CHAMPION

SEDERAP mencadangkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti berikut dijalankan iaitu:

Aktiviti 1:
  • Pelaksanaan study group di rumah sesama ahli kumpulan.  Tempat yang dipilih adalah bergantung kepada perbincangan ahli dan kebenaran dari ibubapa mereka.

Aktiviti 2:
  • Melaksanakan study group semasa Program MERKUR1 (Zoom A) dijalankan. Mereka akan membuat latihan dan berbincang sesama ahli kumpulan.

Aktiviti 3:
  • Study group di kantin sekolah pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 7.15 hingga 7.40 pagi di bawah pemantauan guru bimbingan dan kaunseling.

Contoh Jadual Study Group bagi Aktiviti 1


      TARIKH/HARI/MASA
SUBJEK
TEMPAT
27 April 2015
(Isnin)
Sains
RUMAH
KETUA
    KUMPULAN  
28 April 2015 
(Selasa)
Matematik

29 April 2015
(Rabu)
Bahasa Inggeris

30 April 2015
 (Khamis)
Bahasa Malaysia (Penulisan)





Pelancaran program The Champion oleh Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra, Encik Sukimin bin Juki




PROGRAM SUSU 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM SUSU  1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH



PENGENALAN
Program Susu 1Malaysia adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah  terutama di sekolah-sekolah luar Bandar. Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberi susu UHT  sepanjang pelaksanaan program. Bagi memastikan susu diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengenalan bekalan susu sekolah diwujudkan.

OBJEKTIF PROGRAM
1.     Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
2.     Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid  sekolah
3.     Pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas.
4.     Memastikan pertumbuhan fizikal semakin baik.
5.     Kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik.
6.     Menggalakkan murd meminum susu diperingkat awal.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
1.     Susu perlu diambil  selepas sarapan pagi dan elakkan ketika perut kosong.
2.     Susu perlu diminum sehingga habis setelah dibuka, sekiranya sukar dihabiskan mereka perlu membuang dan tidak menyimpannya kerana akan menyebabkan pembiakan bakteria.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN
Setiap murid akan menerima 2 kotak susu berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.Pemberian susu akan bermula pada  5 Mei 2015.



                                      

Program The Champion


Solat jemaah sebelum menyambung semula sesi belajar bersama


Negeri Selangor telah melancarkan program The Champion sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik untuk negeri Selangor.  Program ini diilhamkan sendiri oleh En. Zainuren hj. Md Nor, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

SEDERAP pada 25 April lalu telah diadakan taklimat ringkas mengenainya sewaktu berlangsungnya majlis Permuafakatan Tahun 6. Murid-murid telah diagihkan kepada beberapa kumpulan belajar. Ia diagih berdasarkan tempat tinggal mereka memandangkan teras utama The Champion ialah belajar sesama ahli kumpulan di rumah pilihan mereka. Keaktifan sesuatu kumpulan amat berkait rapat dengan ibubapa mereka. Ini selari dengan dasar Sarana Ibubapa yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.
Pada 27 April 2015 telah mula kumpulan-kumpulan ini belajar. Terima kasih kepada semua. Syabas SEDERAP

Monday, 27 April 2015


PROGRAM 3K MELALUI PEMANTAPAN PELAKSANAAN SARANA IBUBAPA DAN SARANA SEKOLAH  MELALUI KUMPULAN SOKONGAN IBUBAPA (KSIB)


Tarikh     : 25 April 2015
Masa       : 8.00 pagi - 12.00 T/hari
Hari         : Sabtu

Pada hari sabtu 25 April 2015, SK SEDERAP telah mengadakan Program 3K (Keceriaan, kebersihan dan keselamatan) bersama  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB).  Program ini bertujuan untuk :

  • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
  • Melaksanakan  amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

Antara agenda dan tentatif perbincangan yang dilaksanakan sepanjang program ini dijalankan ialah :

·         Perlantikan  ahli  jawantankuasa  kelas.
·         Merancang program keceriaan  yang akan dilaksanakan dibilik darjah.
·         Penubuhan  group whatsApp setiap kelas.
·         Hal-hal yang berkaitan

Di akhir perbincangan ini, setiap kelas dapat ;

·         Menyenaraikan AJK kelas yang telah dilantik .
·         Menyenaraikan aktiviti yang telah dirancang dan dipersetujui.
·         Menubuhkan  group whatsApp setiap kelas
·         Senarai hal-hal yang berkaitan












:

Laporan Perhimpunan Mingguan 27 April 2015

Tarikh     :  27 April 2016
Masa       :  7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari         :  Isnin

GURU BERTUGAS

  1. Pn Atirah binti Mustafa
  2. Pn Irmaniarti binti Nazar
  3. Cik Nik Asmah binti Ruman
  4. Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan

KEHADIRAN GURU : 34/38

GURU TIDAK HADIR
  1. Pn Yatinmah binti Abdul - MC
  2. Pn Noraida binti Abd Aziz - MSSS
  3. Cik Salwa binti Hadi - MC
  4. En Hazim bin Harun - CRK  

LAPORAN

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
2. Bacaan doa oleh Adik Izz Dania.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Puan Atirah binti Mustafa.
4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syahmi bin Ikmal.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Suhaizan bt Che Osman
  • Murid-murid diingatkan agar menjaga kebersihan kelas kerana kebanyakkan kelas masih kotor dan sampah sarap merata-rata dilantai.
  • Tatatertib ketika berada di kantin dan dewan terbuka.Bertolak ansur serta tidak merebut ketika membeli makanan di kantin.

6. Slot Anti Dadah oleh Nik Asmah bt. Ruman
           
Tajuk : ‘Inhalan’
  • Murid-murid diingatkan agar mengelak daripada menyedut sebarang asap yang berada dipersekitaran mereka terutamanya asap dari lingkaran ubat nyamuk.
  • Racun rumput dan tikus juga perlu digunakan dengan tatacara yang betul kerana penggunaan yang salah boleh memudaratkan kesihatan.
7. Ucapan Tuan Guru Besar Encik Sukimin bin Juki
  • Murid-murid diingatkan agar bijak membuat keputusan sendiri, dan bijak memilih yang baik dan yang buruk.
  • Murid-murid juga perlu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara yang di pertanggunjawabkan.
8. Majlis ditutup dengan penyampaian sijil pertandingan Action Song dan Story telling.

Seawal  7.30 pagi murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan 
                                           
Tangan di tandah agar Rahmat Allah sentiasa memayungi warga SEDERAP

Berikrar agar terus menjadi murid yang tinggi akhlaknya

Lafaz ikrar yang diketuai oleh Pn Atirah bt Mustafa

Pn Suhaizan melaporkan laporan guru bertugas pada minggu lepas

Slot anti dadah bersama cikgu Nik Asmah Ruman

Penyampaian sijil penyertaan pertandingan Action song




Peserta Action Song SEDERAP bergambar bersama Guru Besar, PK Kokurikulum dan Jurulatihnya Pn. Nik Suhaila


Agihan Semula Ahli Kumpulan The Champion




Pagi ini sebaik tamat perhimpunan mingguan, urus setia Program The Champion telah membuat penyusunan semula ahli kumpulan untuk disesuaikan dengan kawasan rempat tinggal mereka. Ini untuk memudahkan pergerakan ahli kumpulan untuk berkumpul di rumah yang telah ditetapkan.

Semoga program yang dilhamkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Selangor ini menghasilkan kejayaan buat Selangor dan khususnya buat SEDERAP.

Saturday, 25 April 2015

Mesyuarat AJK PIBG 1/2015

Pada hari ini, 25 April 2015 telah berlangsung mesyuarat AJK PIBG sesi 2015/2016 kali pertama di Bilik Gerakan PIBG SEDERAP.  Mesyuarat banyak berbincang berkisar tentang usul yang telah diterima sewaktu Mesyuarat Agung PIBG yang lalu.
Bendahari Pn. Noraida

En. Johan Cruff, En. Khairul Azman, En. Taufik dan SU Pn. Nurul Hidayah
Yang Dipertua PIBG Tn. haj. Mohd. Radzi bin Bainan


Pada hari ini telah diadakan mesyuarat AJK kali pertama.

Thursday, 23 April 2015

Menyemak Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR

Pada masa kini Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan aplikasi untuk memproses, menyimpan dan menyemak keputusan peperiksaan sekolah yang dinamakan sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS.  Aplikasi ini membolehkan para ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak masing-masing.  Berikut ialah cara untuk melakukannya.

  1. Masuk ke laman web tersebut di http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anak dan pilih maklumat yang berkenaan seperti dalam rajah di bawah.  Klik Semak Laporan.



Pilih Ujian 1 dan klik Papar Slip Keputusan

Cetak laporan ini dan bawa ke Majlis Permuafakatan