Tuesday 28 April 2015

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM SUSU  1MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH



PENGENALAN
Program Susu 1Malaysia adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah  terutama di sekolah-sekolah luar Bandar. Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberi susu UHT  sepanjang pelaksanaan program. Bagi memastikan susu diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengenalan bekalan susu sekolah diwujudkan.

OBJEKTIF PROGRAM
1.     Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
2.     Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid  sekolah
3.     Pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas.
4.     Memastikan pertumbuhan fizikal semakin baik.
5.     Kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik.
6.     Menggalakkan murd meminum susu diperingkat awal.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
1.     Susu perlu diambil  selepas sarapan pagi dan elakkan ketika perut kosong.
2.     Susu perlu diminum sehingga habis setelah dibuka, sekiranya sukar dihabiskan mereka perlu membuang dan tidak menyimpannya kerana akan menyebabkan pembiakan bakteria.

AKTIVITI YANG DUJALANKAN
Setiap murid akan menerima 2 kotak susu berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis.Pemberian susu akan bermula pada  5 Mei 2015.



                                      

No comments:

Post a Comment