Tuesday 1 March 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN, 29 FEB 2016

Perhimpunan Mingguan pada kali ni telah dijalankan pada ketetapan berikut :

Hari       : Isnin ( 29 Februari 2016)
Tempat  : Tapak Perhimpunan SKDPP

Guru yang betugas :

  1. Puan Fauzan bt Mohammad
  2. Puan Atirah bt Mustafa
  3. Puan Hannah Najihah bt Abdul Razak
  4. Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani
  5. Puan Anis Farhah bt Md Isa

Alhamdulillah, perhimpunan mingguan telah berjalan dengan lancar. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh murid. Kemudian diikuti pula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Beberapa laporan telah disampaikan oleh guru bertugas pada minggu lepas. Antaranya mengenai adab murid ketika menyampaikan pesanan, tingkah-laku murid sewaktu berada di sekolah dan juga pesanan kepada murid untuk sentiasa membawa botol air sewaktu bacaan Yaasin terutamanya bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Klik di sini.

Murid-murid tekun mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru.


Laporan dari guru bertugas yang lepas.
        

Anuegerah kelas terbersih dan tercantik juga telah dijalankan pada minggu ini dimana kelas-kelas tersebut telah dipilih berdasarkan peratus yang tertinggi dari aspek kebersihan, kekemasan dan disiplin murid. Berikut merupakan senarai kelas yang telah memenangi Anugerah Kelas Tercantik dan Terbersih :

Tahap 1 : 
Tempat pertama : 2Cheetah ( 86%)
Tempat kedua     : 3 Anggerik ( 84%)
Tempat ketiga     : 1 Guanina ( 80%)

Tahap 2 : 
Tempat pertama : 6 Marikh (78%)
Tempat kedua     : 6 Utarid (76%)
Tempat ketiga     : 4 Amanah (74%)
Penyampaian Anugerah kelas Tercantik dan Terbersih Kelas 6 Marikh
Penyampaian Anugerah kelas Tercantik dan Terbersih bagi Kelas 3 Anggerik


Penyampaian Anugerah kelas Tercantik dan Terbersih bagi Kelas 2 Cheetah


Pelancaran Program NILAM telah dijalankan pada hari tersebut dan telah dirasmikan oleh En. Sukimin bin Juki iaitu Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra. Secara ringkasnya, Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Perasmiaan Program NILAM oleh Guru Besar.

Sekian, untuk laporan minggu ini. Terima kasih.


             

No comments:

Post a Comment