Monday 7 March 2016

Program Mingguan Bahasa Inggeris

Setiap hari Selasa, Panitia Bahasa Inggeris akan mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dataran perhimpunan sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Aktiviti ini melibatkan semua murid daripada tahun 1 hingga tahun 6. Aktiviti mingguan Bahasa Inggeris ini dijalankan sebagai salah satu cara untuk menarik minat murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Diharapkan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris serta menambah keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mejadikannya bahasa kedua dalam kehidupan seharian.

Semua guru Bahasa Inggeris terlibat bagi menjayakan aktiviti ini:

1. Pn Nik Suhaila binti Nik Ahmad
2. Pn Nor Herda Irdiawaty binti Basiran
3. Pn Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
4. Pn Siti Norhazwani binti Zainol
5. Pn Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan
6. Cik Noorul Hidayah binti Azman


Berikut merupakan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari dan Februari 2016:


Aktiviti Antonym (Perkataan Berlawanan Maksud)


Adik Afifah daripada kelas 3 Anggerik memberikan jawapan untuk Aktiviti Antonym


Guru menerangkan tentang Riddles (teka-teki)



Adik Hannah daripada kelas 4 Amanah menjawab 'riddle' yang diberikan dengan tepat


Persembahan Nyanyian


Adik Arham daripada kelas 1 Sitosina menyanyikan lagu 'Five Little Ducks'


Aktiviti Show & Tell


Adik Amani daripada kelas 4 Amanah menceritakan tentang hamster peliharaannya yang bernama Tomey


Adik Amani meletakkan hamster peliharaannya ke dalam 'Hamster Ball'





No comments:

Post a Comment