Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, 9 March 2016

Latihan kebakaran kali pertama SKDPP 2016


Pada 09 Mac 2016 SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya, sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.

Berikut adalah butiran dan perjalanan latihan kebakaran yang telah dijalankan:
                Tarikh   : 09 Mac 2016
                Hari      : Rabu
                Masa    : 09.20 pagi
                TempatBerkumpul : Padang Bola SK DesaPinggiran Putra

1.    09.20 Pagi: Loceng kecemasan dibunyikan. Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul          iaitu di padang sekolah melalui arah laluan kecemasan yang ditetapkan.
2.    09.25 - 09.30Pagi : Guru kelas mencatat keberadaan murid di padang.
3.    09.30 – 09.40 Pagi : Taklimat kebakaran oleh Tuan Haji Zulhilmi bin Haji Nawawi
4.    09.40 Pagi            : Latihan tamat dan sesi pembelajaran seperti biasa

Latihan kebakaran ini bermatlamat agar dapat melatih murid-murid dan warga sekolah mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik dan menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran. Semoga latihan ini memberi manfaat buat kita semua. "Selamat dari api selamanya"


Gambar sekitar latihan kebakaran hari ini




No comments:

Post a Comment