Monday 7 March 2016




LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN, 7 MAC 2016

Perhimpunan Mingguan pada kali ini telah dijalankan pada ketetapan berikut:


Hari                 : Isnin ( 7 Mac 2016 )

Tempat            : Tapak Perhimpunan SKDPP
  

Guru yang bertugas:


1.     PN. SITI NORHAZWANI BINTI ZAINOL
             2. PN. SHA'AZRINA BINTI MOHD IMRAN
             3. PN. NURUL RUHAMAAK BINTI AB RAHMAN
             4. PN. NORLIZAWATI BINTI MOHD RAZALI
             5. HAJI ZULHILMI BIN NAWAWI


   Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana perhimpunan mingguan pada hari ini telah berjalan dengan jayanya. Seperti biasa, perhimpunan akan dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh wakil murid. Kemudian, diikuti pula dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah yang dinyanyikan oleh para guru dan murid-murid dengan penuh bersemangat. Bacaan ikrar juga dilakukan bersama-sama sejurus tamat nyanyian tersebut. 




   Beberapa laporan dan pesanan telah disampaikan oleh guru bertugas pada minggu lepas. Antaranya mengenai disiplin murid semasa berada di dalam kelas, menggalakkan semua murid menerapkan budaya membaca dalam diri dan sebagainya.


Laporan dari guru bertugas minggu lepas, Puan Atirah bt Mustafa

  Anugerah kelas terbersih dan tercantik juga telah dijalankan pada minggu ini di mana kelas-kelas tersebut telah dipilih berdasarkan peratus yang tertinggi dari aspek kebersihan, kekemasan dan disiplin murid. 

                           Tahap 1:
                            Tempat pertama : 2 Cheetah (92%)
                            Tempat kedua    : 1 Guanina (87%)
                            Tempat ketiga    : 3 Bakawali (86%)

     
                            Tahap 2:
                            Tempat pertama : 4 Amanah (82%)
                            Tempat kedua    : 6 Marikh (79%)
                            Tempat ketiga    : 6 Utarid (77%)


Penyampaian Anugerah kelas Tercantik dan Terbersih bagi Tahap Satu - Kelas 2 Cheetah


Penyampaian Anugerah kelas Tercantik dan Terbersih bagi Tahap Dua- Kelas 4 Amanah


  Selain itu, penyampaian Anugerah KEMAS turut diberikan kepada murid yang berkelayakan  mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin SKDPP. Antara murid-murid yang mendapat anugerah tersebut:







Tahniah dan Syabas diucapakan 



   Selain daripada penyampaian Anugerah KEMAS, penyampaian sijil-sijil juga diberikan kepada murid-murid yang terlibat dalam Training of Trainers- Instruktor Kecergasan Kelab Doktor Muda dan murid-murid terlibat dalam MSSD PPKI Olahraga. Syabas dan Tahniah diucapkan.
  

 Sebelum perhimpunan mingguan ditamatkan, ucapan serta amanat telah disampaikan oleh Pentadbir iaitu Puan Maznah Binti Mohd Noor.

Ucapan daripada Pentadbir

Sekian, untuk laporan minggu ini. Terima Kasih.




No comments:

Post a Comment