Tuesday 4 April 2017

KELAB KITAR SEMULA
SK DESA PINGGIRAN PUTRA

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk melestarikan alam sekitar, maka Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra telah mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Kitar Semula  pada bulan Februari yang mana ahli-ahlinya adalah murid-murid tahap dua iaitu tahun 4 dan tahun 5.

Antara objektif kelab ini ditubuhkan adalah untuk memupuk nilai- nilai murni bagi mencintai alam sekitar di samping menjana idea kreatif membentuk bahan kitar semula yang boleh digunakan semula serta berkualiti.



                                                                      Sangkar Kitar Semula

Sehubungan itu beberapa aktiviti  atau program telah dirancang bagi menggalakkan warga SEDERAP bekerjasama mengumpul bahan yang boleh dikitar semula seperti
tin minuman
botol plastik
surat khabar


Image result for gambar tin minuman


Image result for gambar botol air mineral

Barang-barang kitar semula boleh dihantar ke sekolah melalui anak-anak yang hadir ke sekolah pada setiap hari Rabu.

Selain itu juga akan diadakan juga pertandingan kreativiti daripada barang kitar semula yang boleh disertai oleh ibu bapa murid-murid.

Bersamalah kita menjayakan program Kitar Semula SK Desa Pinggiran Putra.

Disediakan oleh
Salmah Ismail
PK Kokurikulum.

1 comment:

Blogger said...

If you're trying to lose pounds then you certainly have to jump on this brand new custom keto diet.

To design this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and top chefs joined together to develop keto meal plans that are useful, convenient, money-efficient, and enjoyable.

Since their grand opening in 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and well-being with the benefits a smart keto diet can provide.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto diet.

Post a Comment