Rasional
Pada 13 April 2017 SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) telah membuat latihan kebakaran dan mengosongkan warga sekolah dari bangunan. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku kebakaran dan pandai mengguna alat pemadam api yang disediakan di sekolah.
Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid
dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan
kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah
agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranyaberlaku kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil langkah-langkah
awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.
Atur cara Program
Tarikh : 13 April 2017
Hari : Khamis
Masa : 10.50 pagi – 11.50 pagi
Tempat Berkumpul :
Padang Bola SK Desa Pinggiran Putra
Aktiviti :
1. 10.50 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan.
:
Semua warga sekolah bergerak ke stesyen berkumpul dan ke padang bola sekolah
melalui arah laluan kecemasan yang telah ditetapkan.
2. 10.55 - 11.05 Pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.
3. 11.05 - 11.20 Pagi : Taklimat kebakaran oleh Tuan Haji
Zulhilmi bin Haji Nawawi
4. 11.20 – 11.50 pagi : Demostrasi memadam kebakaran oleh
pegawai bomba dan latihan mengguna alat pemadam kebakaran.
5. 11:50 pagi :Tamat
dan sesi pembelajaran seperti hari biasa
Gambar-gambar
Gambar-gambar
Latihan mengosongkan bangunan |
Analisa latihan kebakaran oleh pegawai bomba dan ustaz Zulhilmi |
Latihan mengguna alat pemadam api |
Latihan memadam kebakaran |
Murid-murid bersalaman dengan pegawai bomba |
1 comment:
If you're attempting to lose weight then you absolutely need to try this brand new personalized keto plan.
To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and professional cooks joined together to produce keto meal plans that are efficient, convenient, economically-efficient, and fun.
Since their first launch in 2019, 1000's of individuals have already remodeled their figure and well-being with the benefits a certified keto plan can provide.
Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones given by the keto plan.
Post a Comment