Tuesday 18 April 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


Tarikh : 17 April 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru Bertugas:
1) Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
2) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
3) Pn. Nurulhanis binti Noh
4) Cik Nanthini Mahaendran
5) Pn. Athirah binti Mustafa
6) Pn. Suhaizan binti Che Osman

Pengacara Majlis : Pn. Nik Suhaila binti Nik Ahmad
Pembaca Doa : Adik Alif Firhan
Pembaca Ikrar : Adik Nur Huda Radhial binti Md Rizal

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Cik Nik Asmah binti Ruman)

1. Disiplin

- Masalah disiplin murid pada minggu lepas agak terkawal. Semua murid diingatkan supaya tidak berlari-lari selepas rehat dan bermain-main di susur gajah dan di longkang yang terletak di belakang kantin kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecederaan.

2. Kantin

- Murid diingatkan sekali lagi supaya meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin. Murid turut diingatkan supaya tidak meninggalkan sebarang sampah atau pembalut makanan di atas meja di kantin.

3. Kitar Semula

- Sangkar kitar semula perlulah digunakan dengan sebaiknya. Murid perlu mengenalpasti terlebih dahulu ruangan yang betul sebelum membuang sesuatu bahan sama ada palstik, kaca atau kertas. Jangan dibuang benda yang tidak berkaitan atau sampah yang busuk di dalam sangkar kitar semula.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahap 1

1) 3 Cheetah - 76%
2) 3 Puma - 72%
3) 3 Jaguar - 69%

Tahap 2

1) 4 Anggerik - 75%
2) 5 Amanah - 73%
3) 4 Bakawali- 72%

Laporan Disiplin
(Ustazah Salwa binti Mohd Hadi)

1. Pas Keluar

- Pas keluar perlu dipakai bukan dipegang semasa ingin keluar dari kelas atas sesuatu urusan. Hanya seorang murid dibenarkan keluar untuk satu pas yang dipakai. Elakkan untuk keluar berdua atau lebih daripada seorang dengan menggunakan satu pas. Selesaikan urusan dengan segera dan kembali ke kelas juga dengan segera.

2. Bergurau Kasar

- Murid juga diingatkan supaya tidak bergurau secara berlebihan. Elakkan penggunaan bahasa yang kasar semasa bergurau dan jangan bergurau secara fizikal. Elakkan juga bergurau dengan memalukan rakan di depan rakan yang lain. Bergurau ada batasannya.

3. Berlari di Kawasan Koridor

- Murid diingatkan supaya berjalan dengan elok di kawasan koridor dan tidak berlari.


Ucapan Pentadbir
(En. Sukimin bin Juki)

1. Ceria ke Sekolah

- Murid hadir ke sekolah dengan muka dan hati yang gembira. Niatkan segala yang baik apabila hadir ke sekolah.

2. Slogan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) - TERBILANG

- Slogan ini perlu diterapkan di dalam diri guru dan murid untuk lebih cemerlang dalam degala yang dilakukan.

T - (Teliti), E- (Efisien), R - (Rajin), B - (Bijaksana), I - (Istiqamah), L - (Laju), A - (Amanah), N - (Niat), G - (Gembira) 

- Guru Besar, En. Sukimin bin Juki turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan pelbagai program sekolah sepanjang minggu lepas. Antaranya ialah Latihan Kebakaran dan Zoom A.


Gambar:


Pengacara Majlis pada hari ini 
Bacaan doa oleh Adik Alif Firhan
Bacaan Ikrar oleh Adik Nur Huda

Laporan guru bertugas minggu lepas, Cik Nik Asmah 
Laporan daripada guru disiplin , Ustazah Salwa



 Pertandingan Keceriaan Kelas (Tahap 2)


 Pertandingan Keceriaan Kelas (Tahap 1)

Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan April

Ucapan daripada guru baharu, (Pn. Che Siti Haryani binti Che Said)

Ucapan daripada guru baharu, Pn. Suryati binti Mat Said

Ucapan daripada wail pentadbir, En. Sukimin bin Juki


1 comment:

Blogger said...

If you're trying to burn fat then you need to try this totally brand new custom keto meal plan diet.

To create this keto diet, licenced nutritionists, fitness couches, and top chefs united to develop keto meal plans that are effective, convenient, price-efficient, and delicious.

From their grand opening in early 2019, thousands of people have already transformed their figure and health with the benefits a great keto meal plan diet can offer.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-certified ones given by the keto meal plan diet.

Post a Comment