Tuesday 1 July 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-24

Tarikh                           :30/6/2014
Hari                              :Isnin
Masa                             :7.40 - 8.10 pagi
Tempat                         :Dataran Perhimpunan, SKDPP
Guru Bertugas                :(1) Puan Norwati Binti Mohammad Supian
     (2) Puan Nurul Hidayah Binti Wahid @ Ab Wahid
     (3) Puan Nurhafiza Binti Mohamad Ramdzan
     (5) Puan Nor Sabariah Binti Awang Ngah
     (4) Cik Salwa Binti Mohd. Hadi
Kehadiran guru              :28/30
    Guru Tidak Hadir:Pn Anis Farhah – Cuti Bersalin
    Pn Umi Nazihah – Cuti Bersalin

Laporan                        :


1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang diketuai oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
2. Bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Nor Sabariah Binti Awang Ngah.
4. Bacaan ikrar murid oleh adik Mohd. Imran Bin Mohd. Khair  dari kelas 2 Amanah.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh  En. Maz Azlee Bin Azahari. Antara isi kandungannya ialah:
6. Pelajar diharap dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
                               - Keadaan kantin pada minggu lepas baik:
-       Pelajar didapati menepati masa makan.
-       Ada sebilangan pelajar yang tidak menghantar pinggan dan cawan ke dalam besen selepas makan.
-       Pelajar menepati waktu berkumpul di dewan terbuka.

7.    Ucapan Guru Bertugas oleh Puan Nor Sabariah Binti Awang Ngah yang bertemakan “Tazkirah Ramadan”.Antara isi kandungannya ialah:
-       Ramadan bermaksud panas dan kering yang merupakan ujian kepada umat Islam yang  berpuasa.
- Pada bulan puasa pelajar diharap mengurangkan aktivti fizikal untuk mengelakkan cepat penat  dan dahaga.
-       Pelajar digalakkan minum banyak air sewaktu berbuka dan sahur.
-       Pelajar dinashatkan agar tdak kerap ke tandas untuk membasuh muka dan kepala pada bulan puasa.
-       Kebersihan: terdapat murid yang masih lagi membuang sampah dalam kelas juga di persekitan kawasan sekolah.
8.    Ucapan oleh Ustaz Zulhilmi: Sempena bulan Ramadan Panitia Agama Islam akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan.
-       Antara program yang akan dijalankan ialah  Tadarus al-Qur’an, Semarak Jawi, Nasyid solo dan Khatam al-Quran.
-       Perasmian Ihya’ Ramadan akan di adakan pada minggu hadapan.

9.    Ucapan oleh En. Sukimin bin Juki selaku Guru Guru Besar SKDPP berkaitan dengan bulan Ramadan
-        Guru Besar megucapkan selamat berpuasa kepada warga SKDPP. Beliau berharap agar bulan Ramadan yang penuh keberkatan dihati dengan meningkatkan amalan.
-       Apabila tiba bulan Ramadan banyak aktviti harian dikurangkan walaubagaimanapun keadaan ini diharap tidak menjadikan kita umat Islam yang lemah. Pada zaman Rasulullah umat Islam telah pergi berperang dalam keadaan berpuasa. Oleh itu kita hendaklah mengambil teladan agar aktiviti belajar dan mengajar dapat dijalankan seperti biasa.
-       Sepanjang bulan Ramadan aktiviti ko kurikulum akan ditangguhkan.
-       Sewaktu solat tarawih pelajar diingatkan agar tidak bermain dan bising di surau mahupun masjid hingga menganggu Jemaah lain yang ingin beribadah.







No comments:

Post a Comment