Thursday 10 July 2014

Lencana Sekolah





 PENGERTIAN LOGO

 Warna

Merah dan Kuning melambangkan bahawa SK Desa Pinggiran Putra berada di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Disamping itu, merah melambangkan keberanian dan kuning melambangkan kedaulatan dan rasa hormatWarna biru melambangkan perpaduan. Putih melambangkan kebersihan dan kemurnian. Hijau pula melambangkan kerohanian.

 Elemen


Roda gigi melambangkan teknologi dan lima bulatan melambangkan kesukanan dan buku melambangkan ilmu pengetahuan. Perisai melambangkan jati diri dan kekuatan warga SK Desa Pinggiran Putra dalam menghadapi cabaran pendidikan. Terdapat 4 lembaran buku yang melambangkan kehendak pendidikan di Malaysia mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani (Biru), Emosi(Merah dan Kuning), Rohani (Hijau) dan Intelektual (Putih).

No comments:

Post a Comment