Thursday 17 July 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMUGARAN NILAM 2014


Pada 14 Julai 2014 iaitu pada hari Isnin telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Pemugaran Nilam 2014. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung di Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada pukul 7.40 pagi. Program NILAM (“Nadi Ilmu Amalan Membaca”) adalah merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah. Program Pemugaran NILAM diharapkan mampu meraih kembali minat pelajar untuk meningkatkan pembacaan. Melalui pembacaan pelbagai ilmu mampu diraih, meluaskan pengetahuan di dada, meningkatkan daya imaginasi, kreativiti serta mencetus inspirasi untuk murid bersedia memanfaatkan hidup untuk berjaya membaca adalah merupakan kunci ilmu menuju kejayaan. Di antara objektif program NILAM adalah:

1.                  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
2.                 2.   Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan murid SK Desa Pinggiran Putra.
3.                 3.   Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh barisan guru penolong kanan, guru-guru praktikum, guru-guru dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra. Pengacara majlis tersebut ialah Cik Nurul ‘Aqilah binti Mohd Tahir. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra). Di antara isi-isi ucapan beliau adalah:

1.         1.NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Nadi manusia terhasil oleh denyutan jantung dan nadi         merupakan satu indikator untuk manusia hidup. Dalam mencari ilmu, nadi seseorang manusia adalah                 membaca.
2.                2. Perkara penting bagi umat islam adalah dengan membaca. Negara yang membangun dan maju ke hadapan         adalah negara yang suka membaca.
3.                3. Setiap tahun, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Negara kita jauh ketinggalan        dalam aspek membaca berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Kita hendaklah sentiasa                      menunjukkan minat untuk membaca walau di mana kita berada. Contohnya di dalam kenderaan atau di              dalam kelas sewaktu menunggu guru masuk ke dalam kelas.
4.              4.    Agama islam juga menyarankan agar kita memupuk budaya suka membaca dan murid-murid datang ke               sekolah adalah untuk menimba ilmu dan membaca.
5.                5.   Pengiktirafan gangsa, perak, emas dan nilam untuk murid-murid yang rajin dan banyak membaca.
6.                6.  .Sekiranya murid-murid membaca 72-143 buah buku, mereka akan mendapat pengiktirafan gangsa.
7.                7.  Untuk mendapat pengiktiran perak, murid-murid perlu membaca 144-215 buah buku.
8.                8.  Manakala untuk mendapat pengiktirafan emas, murid-murid perlu membaca 216-287 buah buku.
9.                9. Sekiranya murid-murid membaca buku sebanyak 288 ke atas, mereka akan diberi pengiktirafan NILAM.

Majlis terus meriah dan bersemangat dengan gimik pelancaran oleh Puan Rozayma binti Zaman, Puan Noor Asiah binti Mohd Yusoof dan Cik Ili Syahirah binti Abdul Ghani (Guru-guru SK Desa Pinggiran Putra). Mereka telah melakonkan satu situasi di mana seorang peserta AF telah tersingkir. Peserta-peserta AF tersebut ialah Puan Rozayma dan Puan Noor Asiah. Manakala, peserta yang tersingkir ialah Puan Rozayma. Pengacara majlis pula dilakonkan oleh Cik Ili Syahirah. Peserta AF yang tersingkir iaitu Puan Rozayma telah membawa sebuah beg dan sekaki payung sewaku meninggalkan AF. Kemudian beliau terus berjumpa dengan Guru Besar serta menyerahkan payung dan beg tersebut kepada Guru Besar.

Majlis bertambah meriah dengan pelancaran perasmian NILAM oleh Encik Sukimin bin Juki (Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra). Guru Besar telah membuka payung tersebut dan tertera perkatan NILAM. Kemudian Guru Besar juga telah mengeluarkan banting dari beg dan melepaskan banting tersebut serta melancarkan program NILAM yang diserikan lagi dengan taburan confekti. Lagu NILAM juga berkumandang sewaktu majlis pelancaran berlangsung.


Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan guru penolong kanan, guru-guru dan murid-murid SK Desa Pinggiran Putra di atas Pelancaran Program Pemugaran NILAM pada kali pertama ini. Semoga majlis ini akan memberi manfaat kepada murid-murid SK Desa Pinggiran Putra dan terus menjadi inspirasi kepada generasi penerus bangsa.

Berikut adalah antara gambar-gambar Majlis Pelancaran Program Pemugaran NILAM 2014.











No comments:

Post a Comment