Friday 25 July 2014

Selamat Bersara Pn. Siti Hajar

Siti Hajar Lebai Karim

Hari ini merupakan hari terakhir Pn. Siti Hajar binti Lebai Karim berkhidmat sebagai seorang guru. Sekolah kehilangan seorang guru Sains yang luas pengalamannya apabila permohonan bersara awal beliau telah diluluskan oleh JPA mulai 1 Ogos 2014. Maka dengan itu pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsa Malaysia. Semoga beliau diberikan kesejahteraan di samping keluarga serta kesihatan yang baik oleh-Nya.

Puan Siti Hajar telah mencatat sejarah sebagai guru pertama yang bersara di sekolah ini.  Majlis khas sempena persaraan beliau ini akan diadakan pada 8 Ogos 2014 (Jumaat) iaitu minggu pertama sekolah dibuka selepas cuti hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014M.

Terima kasih cikgu!

No comments:

Post a Comment