Monday 7 July 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-25

Tarikh                           :7/7/2014
Hari                              :Isnin
Masa                             :7.40 - 8.10 pagi
Tempat                         :Dataran Perhimpunan, SKDPP
Guru Bertugas                :(1) Puan Suhaizan Binti Che Osman
                         (2) Puan Sha'azrina Binti Mohd Imran
                         (3) Puan Siti Hajar Binti Lebai Karim
                         (4) Puan Ili Syahirah Binti Abd Ghani
                         (5) Puan Rashidah Binti Mahmad
           
Kehadi                          Kehadiran guru              :28/30
 
Guru Tidak Hadir       :       Puan Anis Farhah – Cuti Bersalin
                           Puan Umi Nazihah – Cuti Bersalin

Laporan                    : 

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang diketuai oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
  2. Bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.
  3. Bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar Pengguna Jalanraya yang dipimpin oleh Puan Suhaizan Binti Che Osman.
  4. Bacaan ikrar murid oleh adik Mohd. Ikmal Bin Mohd. Khafi  dari kelas 5 UPM.

 5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norwati binti Mohammad Supian.
     Antara isi kandungannya ialah:
-    Aktiviti bagi bulan Ramadhan  bagi tahap 1 ialah tazkirah  dan tahap 2 ialah tadarus Al-Quran. Ada sebahagian murid-murid  tahap 1 tidak menyertai tazkirah dan lambat berkumpul di dewan terbuka.
-    Murid-murid diminta jangan berlari semasa keluar dari kelas bagi mengelakkan murid keletihan semasa bulan Ramadhan ini.
-    Pembelian barangan di kedai buku hendaklah secara berhemah kerana ada sebahagian murid  pergi ke kedai buku sekadar  mencuci mata dan murid dinasihatkan agar jangan mengambil kesempatan untuk mencuri semasa di kedai buku.

6. Ucapan oleh Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi  sempena Pelancaran Ihya’ Ramadhan.
Antara isi kandungannya ialah:
-        Program yang dianjurkan bagi memperingati kelebihan bulan Ramadhan . Ustaz  menasihatkan murid-murid agar mendahului  berbuka puasa dengan memakan kurma dan bersahur   kerana kurma adalah paling afdal dan  ia merupakan salah satu sunnah nabi.
-    Sepanjang bulan Ramadhan  pelbagai program akan dijalankan   seperti :
                  * Tadarus A-l Quran  bagi Tahap 2  akan diadakan selama 2 minggu.
                  * Khatam Al-Quran  yang akan diadakan pada 18 Julai 2014 bermula pada 9.40 pagi.
                  * Pendakwah cilik yang terdiri daripada program nasyid dan bercerita.
   * Semarak jawi pula dijalankan kepada murid-murid tahap 1 yang bermula pada 14 hingga 16  Julai 2014 yang terdiri daripada menulis dan mewarna huruf-huruf jawi.
                  * Kempen memberi salam iaitu setiap bulan guru akan mencalonkan nama murid  untuk diberi penghargaan  dan dijalankan sehingga akhir tahun.
                  * Kempen menutup aurat juga dijalankan sehingga akhir tahun.
                  * Tazkirah Ramadhan  juga akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan.
   
7. Guru Besar  SK Desa Pinggiran Putra  En. Sukimin Bin Juki merasmikan  Bulan  Ihya’ Ramadhan.

8. Ucapan oleh Puan Maznah Binti  Mohd Noor selaku Guru  Penolong Kanan SKDPP.
    Antara isi kandungannya ialah:
-       Berkaitan dengan Jadual Waktu  baru yang telah diedarkan pada hari Jumaat yang lepas dan akan berkuatkuasa pada 8 Julai 2014.
-       Waktu rehat bagi setiap tahap kan diseragamkan pada 9.40 pagi.
-       Pada bulan Ramadhan ini beliau mengingatkan kepada murid-murid agar minum air yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 gelas pada waktu berbuka,  sebelum tidur dan semasa bersahur.
9. Perhimpunan tamat dan murid-murid diminta masuk ke kelas masing-masing.

Ucapan Guru Bertugas  Mingguan


Bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi B, Nawawi



Pelancaran bulan Ihya' Ramadhan oleh Guru Besar SKDPP En. Sukimim b. Juki

No comments:

Post a Comment