Sunday 29 March 2015

Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2015

Tarikh          : 23 - 26 Mac 2015
Masa            : 3.00 hingga 5.00 petang
Tempat        : Pusat Sumber Sekolah
Anjuran       : Unit Kecemerlangan UPSR SK. Desa Pinggiran Putra


PENGENALAN
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Unit Kecemerlangan UPSR sekolah ini telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang secukupnya bagi menduduki peperiksaan UPSR.

OBJEKTIF
2.1    Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR
2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan.
2.3    Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar

2.4   Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

Bengkel Teknik Menjawab UPSR – Matematik
Tarikh                         : 23 Mac 2015
Hari                            : Isnin
Subjek                        : Sains
Penceramah                : En. Khalimi Bin Dalhan
Jumlah kehadiran         : 48 / 55 orang murid







Gambar 1: Sesi Bengkel Teknik Menjawab UPSR - Sains


Bengkel Teknik Menjawab UPSR – Matematik
Tarikh                    : 24 Mac 2015
Hari                        : Selasa
Penceramah           : En. Saiful Anuar Bin Basran
Jumlah kehadiran   : 52 / 55 orang




Gambar 2:  Sesi Bengkel Teknik Menjawab UPSR - Matematik


Bengkel Teknik Menjawab UPSR – Bahasa Inggeris
Tarikh                    : 25 Mac 2015
Hari                        : Rabu
Penceramah           : Pn. Halimah Binti Hitam
Jumlah kehadiran   : 53 / 55 orang



Gambar 3: sesi Bengkel Teknik Menjawab UPSR - Bahasa Inggeris


Bengkel Teknik Menjawab UPSR – Bahasa Melayu
Tarikh                    : 26 Mac 2015
Hari                        : Khamis
Penceramah           : Pn. Norzila Binti Daud
Jumlah kehadiran   : 51 / 55 orang




Gambar 4 : Sesi Bengkel Teknik Menjawab UPSR - Bahasa Melayu


Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan bengkel ini dengan jayanya. Semoga  bengkel ini memberi manfaat dan seterusnya membantu murid-murid tahun 6 dalam mencapai kecemerlangan UPSR 2015. 

No comments:

Post a Comment